DAPUR DAH BERASAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

DAPUR DAH BERASAP

 Assalamualaikum...

MACAM janggal pulak masa nak hidupkan api dapur untuk sediakan sahur pagi tadi. Baru perasan sejak hari khamis, dapur tidak berasap. Dua hari berturut-turut, Sk temankan Pak Inche sahur di kedai mamak. Berbuka juga di luar sehingga semalam. Pagi ini, dapur dah kembali berasap.. hihihi.


Buat lempeng lima keping sahaja untuk cicah dengan Kari Ayam, kelmarin.
Enak sungguh kari pekat melekat dengan lempeng. Asalnya, Pak Inche kata nak cicah roti dengan kari, tapi semalam lupa pulak nak beli roti. Dia pulak tak makan lempeng, nasib baik ada nasi lebih dalam peti sejuk yang Sk dah siap panaskan. Sk pulak memang peminat lempeng. Iman jenis tak kisah, janji jangan suruh dia masak.

Susah orang cerewet ni 😕


6 comments:

  1. Eh,nampak sedap pulak la lempeng tu.Sahur lempeng waktu pagi dengan minuman panas celek mata la sikit kan..

    ReplyDelete
  2. Hahaaaa.... walaupun cerewet tetap dilayan juga.

    ReplyDelete
  3. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  4. sedap kan.. kalo anak² sy suka cicah roti paratha kawan tu.. dapnyerr

    ReplyDelete
  5. atie mcm iman la.. jenis tak kesah tapi jgn suh masak haha

    ReplyDelete
  6. Tengah puasa ni..tengok lempeng pun sodap kan...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih