NASI ARAB ZAITUNA 28 PUASA

 Assalamualaikum...


MENUNAIKAN anak tekak Iman nak makan Nasi Arab Zaituna, balik kerja jam 3.30 terus tuju ke Taman Tasek, tapau set dulang kombo Zaituna. Kononnya sebab dah tak ada pasar ramadhan, jadi kita terus tapau untuk moreh sekali.

Set Dulang Kombo mengandungi Mandi Chicken, Maqlubah Lamb, Shawarma, Fries, Jeruk, Salad dan Kunafa untuk empat orang makan termasuk jus delima.


Salad dan Shawarma serta fries. Tapi shawarma tu buat makan sahur sudahnya sebab Pak Inche pi tapau Bihun Goreng di Medan Selera Kg Md Amin.


Kunafa, Jus Delima dan Teh Tarik.
Asyik hentam teh tarik jer tak ingat dunia.


Walaupun untuk empat orang makan tapi ianya mampu dihabiskan oleh tiga orang, hahahaha.


Bihun goreng yang sangat sedap. Pak Inche beli dua bungkus, sebungkus makan pukul 10, sebungkus simpan konon nak buat sahur. Pukul 1.30 pagi bangun sebab tak boleh tidur, lepas tu Iman pun bangun kata tak boleh tidur. Lepas tu dua beranak santap bihun goreng yang nak buat sahur tu, hahaha.

Tu yang sahur makan shawarma.




Post a Comment

2 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih