RESEPI RENDANG PEDAS DAGING BY ZARRA RIANA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

RESEPI RENDANG PEDAS DAGING BY ZARRA RIANA

 Rendang Pedas (Daging) by @zarra.riana



INGREDIENTS:

1. *2 Biji Bawang Besar

2. *3 Batang Serai

3. *3 Ulas Bawang Putih

4. *1 1/2 Inci Kunyit Hidup

5. *1 Inci Halia

6. *1 Inci Lengkuas

7. *Segenggam Kelapa Parut

8. *Air Masak Paras Separuh Dr Bahan

9. 1kg Daging Batang Pinang (Potong Tebal)

10. 1 Senduk Lada Kisar

11. 1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml

12. 1/2 Keping Asam Keping

13. 1/2 Ketul Gula Melaka

14. Garam Secukupnya

15. Daun Kunyit

[*Bahan Kisar]


PREPARATION:

1. Kisar semua bahan bertanda * kecuali kelapa parut

2. Kemudian kisar kasar kelapa parut

3. Panaskan kuali dan lebur semua bahan kisar

4. Masukkan lada kisar

5. Kacau rata dan masukkan air dr bekas blender

6. Kemudian masukkan daging

7. Biar hingga mendidih

8. Masukkan 1 kotak santan ayam brand 200ml

9. Kacau rata

10. Masukkan asam keping

11. Masukkan gula melaka

12. Perasakan dgn garam secukupnya

13. Sentiasa kacau dan masak dgn api sederhana

14. Masak hingga kuah kering

15. Sentiasa kacau untuk elak hangit di bahagian bawah

16. Masukkan hirisan daun kunyit

17. Masak hingga kuah kering & tekstur seperti serunding

18. Utk dapatkan tekstur kering masa masak lebih kurang selama 1 jam lebih

19. Siap utk dihidang, tabur hirisan daun kunyit lagi di atasnya

20. Sedap dimakan dgn ketupat, lemang, nasi putih, jemput-jemput atau roti canai.

Selamat mencuba

3 comments:

  1. Wah! Berbuku-buku daging rendang tu...amik seketul pun dah cukup!

    ReplyDelete
  2. brand ni mmg tak pernah hilang dek zaman :)

    ReplyDelete
  3. Aanak dara SA tu suka la rendang macam ni...daging semata..lagi kering lagi dia suka..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih