SAHUR 19 PUASA YANG PALING SEDAP DI THE WESTIN DESARU COAST RESORT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...

SAMBUNGAN dari SINI

Ini bukan pertama kali Sk sekeluarga menginap di hotel semasa bulan puasa. Antaranya yang paling Sk ingat, sekali di Terengganu (atau mungkin Pahang), sekali di Melaka dan yang pasti dua tiga kali di Kedah, haha. Jadi, bila menginap semasa bulan Ramadhan, pakej penginapan termasuklah sahur secara buffet. Tapi, dah lupa ada post ke tidaknya, sama ada masa tu belum berblog atau malas berblog. Cari-cari pun tak jumpa, tajuknya lupa, keyword pun tak ingat. Ah, goblok betul, hahaha.

Memandangkan kita masih dalam tempoh PKPB, jadi semasa menginap di The Westin tu, tiadalah buffet sahur tapi room service di mana makanan dihantar ke bilik. Kami diberikan senarai menu untuk dipilih dan Sk memang serah jer la pada Pak Inche, apa dia nak makan sebab tekak kami ni tolak batu dan kayu jer, hahahaha.

Sk set alarm pukul 4.10 pagi, sedar-sedar jer tengok Pak Inche lagi awal bangun da.. tengah bersantai tengok laut kat balkoni. Sk pun terus masuk bilik air, tak sempat keluar bilik air, makanan sahur pun sampai... 


Daripada Anas bin Malik R.A, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Bersahurlah, kerana pada sahur tersebut ada keberkatan.”
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim


Makanan dihantar untuk tiga orang, mangkuk tingkat dua set terus dia bagi. Mesti dia tengok saiz badan ni, hahaha. Lauknya, Rendang Ayam, Sup Ayam Berempah, Papadom, Sayur Kangkung dan Kubis serta nasi putih. Buah-buahan, tembikai, honeydew, anggur dan kurma. Dessertnya, kek dan tart. Minuman Jus Epal, secawan kopi dan secawan teh, Pak Inche kata, Iman tak minum air panas, hehehe. Eh, ada ulam timun dan pegaga dengan sambal belacan. 


Selesai dalam sejam.. licin terus.. cuma kurma tak habis. Tengok Pak Inche kemahen pulak makan nasi tu separuh mangkuk tingkat tu, padahal kalau sahur kat rumah, sesudu pun susah nak habis. Tak lalu, katanya. Ni hari-hari nak kena sahur kat hotel ke macam mana ni?? 


Puji-pujilah sikit.. tapi memang betul-betul sedap...

Terpaling best tak payah masak, kemas dan cuci pinggan, hehehe.
Eh, pinggan dia lawooooo giler!




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. I terpikat pulak dengan mangkuk tingkat tu.

    ReplyDelete
  2. Senang hantar ke bilik terusss, tak payah turun atau naik untuk sahurr hehehe.
    Yang penting, cuci tangan mulut je lepas makan :P

    ReplyDelete
  3. Yaaa.. kena sahur kt hotel ler hari hari... muahahahaah...

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap...boleh membuka selera kalau mkn mcm ni

    ReplyDelete
  5. wowwww siap mangkuk tingkat.. erkk mangkuk tu bole bawa blk x? hehehe

    ReplyDelete
  6. Kan best kalau dpat sekali mangkuk tingkat tu ha....tgok gambar pun tau sedap makanannya

    ReplyDelete
  7. hahahhaha!! memang kene sahur kat hotel hari2 ni!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!