Assalamualaikum...
BARU nak rasa seronok bila Pak Inche menerima jemputan berbuka puasa termasuk pakej penginapan di Desaru Coast beberapa minggu lepas. "Tapi, babah ada bola," kata Pak Inche. Puas la kitorang ni pujuk agar Pak Inche melupakan tentang bola tu, suruh sesape gantikan dia, tapi Pak Inche kalau pasal kerja, memang tak ada kompromi ya. Tak kisahlah seronok macam mana pun, dia akan utamakan kerja. Tapi tatawlah kot ada orang tawarkan duit seribu dengan kerja, dia pilih yang mana, sebab tak pernah lagi la dapat offer macam tu.. hihi.
Tapi, betullah.. rezeki tak pernah salah alamat. Apabila Pak Inche memberitahu tidak dapat memenuhi jemputan kerana bertugas pada tarikh yang sama, pihak Desaru Coast telah menunda tarikh jemputan tersebut ke minggu berikutnya. Dan, Alhamdulillah, permintaan untuk membawa keluarga juga turut dipenuhi tanpa syarat. Bukan sekadar tambah one pax tapi mengikut jumlah isi keluarga yang nak dibawa. Macam kami ni tiga beranak, kan.. jadi dapatlah extra bed untuk Iman. Selain Pak Inche, tiga lagi wakil Media Extream turut bersama kami. Yang paling senior tentulah Pak Inche, maklumlah, ramai senior yang dah cukup umurrrr dan ada juga yang mendapat tawaran vss. Tinggallah Pak Inche sahaja yang menjadi harapan bos, uhuks.
Dapat bilik dengan pemandangan laut. Baring-baring kat katil pun nampak laut luas kebiruan.. Subhanallah!
Eh, yang terpaling best, penginapan di TWDCR ni betul-betul jatuh pada hari jadi Pak Inche 😍
Tulah SK, rimas kannn kena pakai mask selalu tapi apa boleh buat, hidup dalam keadaan norma baruu :') Kalau tak melayang duit nanti hahaha.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Betullah rezeki tal salah alamat...Semoga diberkati dunia & akhirat
ReplyDeleteCepat-cepat sambung SK... tak sabar tunggu entri seterusnya hihihiiii.
ReplyDeletedapatkan jackpot yang besar hanya di IONQQ
ReplyDeleteWA: +855 1537 3217
cantik gila tempat ni.. bestnyaa staycation huhuhu
ReplyDeleteagaknya kalo pak inche free awal, sama tarikh la kita pergi kannn..
ReplyDeleteLately ni memang panas la SK...SA pun tak larat...
ReplyDeleteMencari Al quran digital and Buku cerita kanak kanak ada di SINI
ReplyDelete