NASI BERIYANI VS NASI PUTIH 27 PUASA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI BERIYANI VS NASI PUTIH 27 PUASA

 Assalamualaikum...

LAGI dua hari kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Yang bekerja ramai yang dah mula bercuti, kan selain dari ada yang bekerja dari rumah. Pejabat Sk sendiri hari ini telah berhenti beroperasi sehingga 16 Mei. Pelajar-pelajar telah dibenarkan pulang sejak 6 Mei lepas, kebetulan cuti semester akan berlangsung selama dua minggu.


Sk memang dah tak daya memikir menu untuk berbuka. Pak Inche macam biasa, baik hati menawarkan menu dari pasar ramadhan. 27 puasa, hari akhir pasar ramadhan dibuka, kan. Sk beritahu Pak Inche, beli lauk yang dia nak makan aje la.. Sk nak panaskan lauk lain yang ada berbaki dalam peti sejuk. Siap masuk inner pot dalam rice cooker, Iman datang dapur sambil bercakap di telefon. Babah nak beli nasi beriyani, nak kambing ke daging. Hurmmm.. beli dua jer la, pesan Sk.


Sk makan nasi yang dimasak tu dengan lauk kelmarin. Adeh.. dah terbiasa makan lauk semalam ni. Iman makan beriyani kambing, Pak Inche makan beriyani daging tapi ada kambing extra. Penamak macam selalu, huhu.


Lemang pun ado. Ni makan lewatlah kan.. tak apo, Sk dah redho ber'kurung' raya nanti.


Panaskan rendang daging dari Jen Hotel. Sedap rendangnya tapi kurang bumbu. Sk suka makan lemang dengan bumbu rendang jer.


Iman kurang suka pulut-pulut ni. Kalau raya kat Kedah, makan pagi kami biasanya ketupat palas dan lemang bersama rendang daging dan ayam. Memang dia tak makan tu. Nasiblah ada ketupat nasi adabi dan kuah kacang. Eh, teringat kampunglah pulok.

😂😂😂


8 comments:

  1. Budak2 tik tok kata raya tahun ni hantu akan gelakkan manusia
    " bulan puasa hantu krna kutung,dah raya manusia kena kurung" hahaha

    ReplyDelete
  2. dah hujung-hujung ni saya mula malas nak masak dah. sepanjang ramadhan baru 3 kali membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mmg dah tak masak, tggu masak raya ajelah nampaknya

      Delete
  3. Ok esok dh bole start makn lemang.. Ketupat berbuka esok hehe

    ReplyDelete
  4. Terliuqq tengok lemang dengan rendang daging tu

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih