LAKSA PENANG DI HARI RAYA KE 3 - Alam Sari Di Tanah Jauhar

LAKSA PENANG DI HARI RAYA KE 3

 Assalamualaikum...


RAYA ketiga, pagi bersarapan ala percutian di hotel, petangnya panaskan kuah Laksa Penang yang Tini bagi terus feeling macam ada kat Kola Ketil 🤣


Entah berapa kali Tini bagi resepi kuah LP ni tapi rasanya baru sekali Sk memasaknya sendiri. Renyah sungguh bagi orang yang tak punya kesabaran macam Sk ni.


Beli aksesori laksa di pasaraya tapi tak jumpa laksa kering. Pergi kedai runcit Haji ASK, macam tak berapa yakin jer dengan jenama laksa kering tu. Nasib ada laksa basah.


Pak Inche suka bubuh otak udang yang banyak dalam kuah laksa. Iman letak sesudu jer. Sk langsung tak letak sebab tak suka rasa macam kuah rojak pulak. Tapi Sk suka letak nenas 🥰

Tolong maafkan timun yang dicincang Pak Inche tu ya 😭


Semalam petang, mengulang lagi makan. Bukan apa, sayang.. banyak betul kuah laksa yang Tini bagi.


Buat Mojito Laici.. nyaman sungguh.. 

Burppp.. syukur Alhamdulillah.












13 comments:

  1. Pagi tadi nak sarapan laksa, ada lebih kuah semalam. Rupanya Encik Suami dah buang. Aduhai....rajin sangat tolong bersihkan dapur!

    ReplyDelete
  2. Uittt...kita tertuka timetable la SK..Saya semalam nasi tomato.Hari ni laksa..hihihi...69

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita baru lunjur kaki ni, dah siap masak nasi tomato, jap lagi makan

      Delete
  3. ok nasib x terliur... ini bukan pebret kita heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, bkn fav, nasib kuah laksa Tini sedap, yg penting kena ada nanas

      Delete
  4. ain suka bubuh otak udangg tuhh bebanyakkkk memang sampai macam rojakk jadinya hhaahha.. pandai makan style gitu masa duduk belajar kat kedah..

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya kan, makin di panaskan, makin sedap kuah laksa ni kan?

    ReplyDelete
  6. Senangnya dah ada kuah, tinggal panaskan dan sediakan accesories je. Teringin pulak makan laksa :)

    ReplyDelete
  7. Ok...ni tak gaduh.. orang JDT buat laksa Penang.. hihi

    ReplyDelete
  8. IONQQ menyediakan pelayanan terbaik dan bisa di percaya
    ayo segera bergabung bersama kami
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih