Assalamualaikum...
HARI Jumaat, SK dah rebus tulang siap-siap sebab dah berjanji malam tu nak makan Bihun Sup Tulang, tiber Pak Inche bawa pulang daging lembu empat keping. Ni nak masak bila? Tanya, SK. Ikutlah, nak masak malam ni pun boleh..
Tu dia, bila perut tengah lapar, macam-macam yang nak dimakan serentak. Teruslah SK membebel tentang tulang yang dah empuk dalam periuk, takkan nak makan esok, lain rasanya nanti. Jadi, semua daging-daging ni SK simpan, kita cari hari yang sesuai untuk dinner gaya mat saleh 😝
Masa nak perap daging, baru SK perasan, Pak Inche beli dua jenis daging iaitu dua 'Grain Fed' dan dua 'Grass Fed'. Dia kata, itu aje yang ada. Hurmmm.. macam tak adillah pulak, dua orang dapat makan grain seorang lagi dapat makan rumput aje, hahahah. Ke, nak masak dua grass fed dan satu grain fed ek? Hurmmm.. fikir-fikir, SK pilih kedua-dua grain fed dan ambil grass fed yang mahal sikit harganya tu, haha.
Grain Fed untuk Pak Inche. Pak Inche kata, dia nak telur mata tapi terburai kuningnya. Mana taknya, digoreng dalam pan steak tu, tentulah telurnya melebar dan menjadi nipis.
Sk cuma perapkan daging ni dengan herba seperti rosemarry, oregano dan kawan-kawannya. Tabur juga cajun dan paprika. Main taram aje, tak ada resepi yang spesifik pun. Untuk sos steak, Sk bancuhkan dua sudu kecil demi glace dengan 250 ml air dan masak sehingga pekat. Lebihan dari perapan daging semasa dipanggang tu, Sk tuangkan sekali dalam sos. Tugas memanggang daging diambil oleh Pak Inche. Daging tu tak perlu letak garam sebab sos steak tu dah cukup masinnya.
Sk cuma sediakan salad, tomato dan timun yang dicurahkan thousand island. Hari tu kemas-kemas kabinet kan jumpa beberapa bungkus pasta segera, SK masak dua bungkus, lega bila kabinet kita lapang sikit, hihi. Untuk Iman, grain fed jugaklah.
Mak mengalah makan rumput jer, hahaha. Ini pertama kali la Pak Inche beli daging steak yang agak mahal juga. Rasanya kalau di hotel lima bintang harga satu hidangan steak macam ni boleh mencecah ratusan ringgit. Sk masih ingat satu video artis terkenal yang makan steak di sebuah restoran, daging steak terhampar dalam pinggan kemudian ada satu aksesori seakan penyangkuk yang didatangkan bersama hidangan steak tu. Pada penyangkuk tu ada seketul brokoli dan seketul lobak merah, Tak silap ada seketul bunga kubis juga... SK gelak namatey tengok presentation dia 😜 Tu entah berapalah harganya pulak.
Leka memghiris kepingan daging masing-masing. Terpukau dengan keempukan daging bila dipotong dan disuap ke mulut. Tak perlu beriya mengunyah pun sebab ianya sangatlah lembut. Kami cuba membandingkan rasa daging lembu yang diberi makan rumput dan bijiran. Berbeza nyata berbeza sangat tekstur daging tu. Tentulah grain paling sedap. Lepas ni kalau nak beli lagi daging steak ni, kena beli yang grain laaa.
Sebelum masak, Sk mengusik Pak Inche, nak panggang guna arang ke? Cepat-cepat dia geleng kepala, muka macam betul-betul insof tu, hahahaha.
Hurmmm... teringat-ingat pulak keenakan steak ni. Ini daging Iman.. memang cair di mulut. Tapi tak boleh makan selalu ni, takut jadi drakulaaa... hahahahaha.. hahahaha.
Kita suka medium cook macam Iman punya tu, sedap...
ReplyDeleteAgak lama tak makan steak ni.. nak buat kena tunggu semua ada rumah..
Cantik di luar, menawan di dalam. Ha gitu. Tak yah kunyah beria tu yang best...alih-alih licin sepinggan. Puas hati.
ReplyDeletemengundang betul gamba akak ni.. mengundang keinginan.. hahahaha
ReplyDeleteTudia....jadi karnivor yer ...hahahaha
ReplyDeleteMenitik ayaq lioq baq hang....
Tapi saya nampak grass fed tu macam lemak dia lagi cantik
Mama Cella kata nak makan daging wagyu. Jom ajak SK ke kayangan cari hihihiiiii!
DeleteTak kisahlah jadi dracula... asalkan dapat makan daging cair dimulut tu ... kah!
ReplyDeleteSedap..SA pun selalu beli daging steak grain fed sebab sedap dari grass fed. masa duduk bujang bleh la beli..kat Seremban ni susah nak jumpa potongan daging ni kat AEON pun takde.. biasa SA beli kat Jaya Grocer atau Village Grocer....
ReplyDeletewahhh sedap terliuh sungguh tengok daging tu
ReplyDeleteDaftar ssm Online
Cara memulakan perniagaan kecil
Daftar Syarikat
No cukai pendapatan
Pinjaman Perniagaan
rancangan perniagaan