BIHUN GORENG TUKAR SELERA TAPI PENATNYA... - Alam Sari Di Tanah Jauhar

BIHUN GORENG TUKAR SELERA TAPI PENATNYA...

Assalamualaikum...

SEMALAM pagi, masa Pak Inche hendak keluar ke pejabat, Sk pesan supaya dia makan nasi tengahari tu. Sebabnya, Sk nak ubah selera, nak masak Bihun Goreng untuk makan malam. Pak Inche tidaklah pula membantah, mungkin dia pun dah jemu dan tak daya lagi berfikir masakan apa yang hendak diarahkan untuk dimasak untuk makan malam 😂 

Memandangkan semalam hari Khamis, kalau di pejabat tu, pukul 3.30, Sk dah shut down pc dan berdiri depan punch card, tapi semalam, dah dekat pukul 4 masih belum selesai lagi. Hamboii, Sk dia memang bab habis waktu kerja, kemahen berkira ko ya 🤣🤣🤣 Tak laaa.. kita nak bagitahu WFH ni macam lagi penat dari WFO. Sebabnya banyak mendangok depan laptop. Kalau di pejabat tu, kadang ada jugaklah pergi bahagian sijil ke.. kewangan ke.. pentadbiran ke.. kan.. ni.. duduk terperuk, penat.

Berbalik cerita pasal nak masak bihun goreng tu, memang kena pergi kedailah, sebab sayur sawi tak ada, taugeh, kucai yang wajib masuk dalam bihun goreng. Tak mo la goreng dobo-dobo jer.. cukuplah kita diperdobokan oleh profesor mata tu haaaa..  🤣 Jadi, lepas selesai kerja, baru keluar ke kedai, nanti makin petang, makin ramai pulak orang.

Dah terlanjur sampai kedai, beli tauhu empat keping dan udang doploh ekor dicampur dengan sawi, taugeh, kucai, nampak pulak air ais krim soda, conditioner rambut habis, gedebak gedebuk jalan tigaploh hengget. Hurmmm.. dok umah diam-diam pun bagus tadi 😅😅

Sampai rumah, terus sediakan bahan-bahan nak masak.. siang udang, potong sotong dan fishcake (ni memang dah ada kat rumah, siang taugeh, sayur, kucai sebelum tu minum petang sekejap. Simpan dulu semua bahan tu sementara tunggu nk masak pukul 8.


Hurmmm... Dia punya penat, baik masak lauk makan dengan nasi. Iman kata, kalau bonda masak nasi pukul 8 dah boleh makan. Ni dekat pukul 9 baru makan. Adoyaiiii...

😂😂😂😂😂




9 comments:

  1. Sangat menyelerakan . Tambah2 lagi kalau ada cili campur kicap

    ReplyDelete
  2. Boringlah asyik diperdobokan hahahahaa..... biarlah kita jadi diri kita yang sebenar. Itulah baru ada keyakinan diri. Toksahlah sibuk nak dobodobo hihihiiii.

    ReplyDelete
  3. Hahahaha ayat Iman kemain menyentap hahahaha

    ReplyDelete
  4. Berbaloi tu makan lewat pun, sedap sungguh nampak bihun SK ni. Nampak cerdiknya ahaks! :D



    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. besau-besau udangnya.

    ReplyDelete
  6. Moral of the story...ada la alasan nak.suruh PI tapaw lagi...hihihi
    Tapi berbaloi lambat pun..mewah mihunnya wei

    ReplyDelete
  7. Hahah comel je klo masak nasi cepat makan yea

    ReplyDelete
  8. Kalau bab bihun kan...yang paling pandai masak kat dalam rumah ni semestinya Pak Zain...sedap...SA x pandai...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih