AYAM GEPREK PEDAS KAW KAW - Alam Sari Di Tanah Jauhar

AYAM GEPREK PEDAS KAW KAW

 Assalamualaikum...

SEMALAM tengahari pesan makanan tengahari dari kawan sekolah Iman. Oh, sebenarnya yang meniaga ni ibubapa kawan Iman. Gerai mereka terletak di Taman Sri Bahagia, Tampoi, dekat dengan pejabat Sk. Tapi, kalau jarak dengan rumah Sk ni jauhlah sangat, tapi kawan Iman kata, boleh jer nak hantar. Gelang Patah pun dorang hantar. Upah runner seikhlas hati pulak tu 😅

Iman kata, sajalah nak tolong kawan berniaga. Ooo.. awak nak belanja ke? Tanya Sk. Dia senyum sambil buat isyarat, bonda la bayar.. 😅 Bertuahhh


Terlanjur dah upah runner seikhlas hati, kita tapau terus untuk dinner. Dua menu yang dibuka pesanannya, Nasi Ayam Geprek dan Nasi Goreng Bantal. Sambal Nasi Ayam Geprek tu boleh pilih tahap kepedasan yang kita mahu, Iman kata nak yang Pedas Kaw Kaw.


Pehhhh.. memang kaw kaw dia bagi. Nasib tak K O Mak Inche ko 🤣 Satu set nasi ayam geprek ni RM8 sahaja, ayam potong empat tau. Besar jugak saiz ayamnya tapi tu la.. over cooked pulak, sampai tergeliat rahang kita mengunyahnya 😜


Mee goreng tapau dari Abu & Co. Hurmmm.. apa punya malas semalam, semua tapau. Haaa.. atas tu Nasi Goreng Bantal. Dia macam Nasi Goreng Pattaya tapi bungkusan tu empat segi tepat macam bantal. Disertakan bersama lauk macam padprik yang sepatutnya di curah sekeliling bantal telur tu, hihi.

Hurmm.. tak boleh jadi ni hari-hari mahu tapau, mahu kempis dompet Mak Inche

😭😭😭



8 comments:

  1. Syok pula tengok menu Mak Inche setiap hari meriah...Sedap2 pulak tu

    ReplyDelete
  2. singgah baca.
    jom tukar link bloglist
    kembaraminda7.com
    tq

    ReplyDelete
  3. Ada pulak nasik goreng bantal
    Kalau nak yang lagi beso kena oder nasik goreng tilamlah

    ReplyDelete
  4. Woooo...kalau sambal tak pedas memang tak sah nasi ayam geprek! Sediakan air panas...siuuuttt!

    ReplyDelete
  5. Masakan Indonesia biasanya sambalnya memang pedas-pedas.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..upah runner pula seikhlas hati..semoga bertambah rezeki orang yang berniaga

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih