RENDANG AYAM, SAMBAL CENGENG DAN KETUPAT SEGERA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

TERINGIN nau-nau nak makan Nasi Impit bersama Rendang Ayam dan Sambal Cengeng. Tapi, macam tak berapa rajin nak mengimpit nasi lembik, jadi pagi-pagi lagi Sk dah merebus ketupat segera Nona dalam pressure cooker Noxxa. Memang rasa berbaloi sangat la beli noxxa ni dulu, boleh dikatakan seminggu dua tiga kali jugak gunakan untuk memasak sepanjang WFH ini. Selain cepat memasak, jimat gas dan tenaga juga.


Belum pukul 10, semua dah siap terhidang tapi Iman kata, nak makan pukul 1. Dia memang jenis perut tak sarapan tak apa. SK pagi dah sarapan biskut dengan kopi tapi pukul 9 perut dah berkeruk-keruk lapar, hahaha. Jadi, walaupun dah siap semuanya, kena ajar perut ni bersabar sikit tunggu tengahari baru makan.


Rebus lapan biji jer ketupat. Tetiba tahun ni ada pulak stok ketupat segera kat rumah. Yang beli ada, yang dapat dalam goodies bag, yang dapat dalam hamper. Kalau nak makan, rebus sikit-sikit jer sebab cuma SK dan Iman jer yang makan. Cara nak rebus ketupat ni dalam periuk noxxa, ratakan dulu beras dalam plastik tu dan susun di dasar inner periuk, kemudian tuang air sehingga tenggelam semua palstik ketupat tu. Tutup periuk, letakkan knob pada tombol pressure kemudian set HP 30 kali. Memang cantik kejadian ketupat kita nanti. 


Hari tu, masa nak masak Nasi Ayam, memang sengaja simpan suku bahagian ayam untuk dimasak bila-bila lapar. Jadi, sebab memang nak makan berdua jer dengan Iman, Sk potong kecil dan masak rendang guna Pes Rendang Mak Ayie. Senang kerija betul.. masukkan jer pes rendang dalam kuali, tuang air setengah cawan, santan setengah cawan, gaul sebati, kemudian masukkan ayam, buka api. Tutup kuali dan biarkan dua puluh minit, sekali sekala kacau la, guna api paling kecil. Lagi bagus guna kuali non-stick.


Stok cili giling (kisar) dah habis, rajin pulak menggunting cili kering pagi-pagi semata-mata nak masak Sambal Cengeng. sambal Cengeng ni, Sambal Kacang la. Ada jer cili kisar ready made yang sengaja beli untuk stok tapi tak sedap la guna yang tu. Kita kisar sendiri cili dengan bawang merah, hurmmm.. barulah betul-betul rasa sambal kita tu. SK gunakan resepi mudah aje untuk sambal cengeng ni, untuk bangkitkan rasa, masukkan hirisan lengkuas dan halia masa menumis, buat syarat la.. yang betul kena kisar sekali halia, lengkuas dan serai ditumis sekali dengan cili dan bawang. Lepas tu masukkan daging tetel, baru betul-betul cengeng 😝


Tak tahan la nak nunggukan pukul 12, pukul 11 lebih dah hidang dalam pinggan. Tengah syok makan, tiba Iman datang minta suap sekali. Lepas tu, ehhh.. dia tadah mulut nak mintak suap lagi sekali. Kejap lagi dia pergi rak pinggan ambik mangkuk pulak, nak makan sekali, hihihihi.

Hurmmm.. nyesal pulak rebus ketupat lapan bijik aje
😜😜😜


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Eh,hari terakhir Syawal ni boleh pulak dia tayang menu raya.adoiiiiiii....macam nak kena buat niiiii

    ReplyDelete
  2. first time tau sambal cengeng tu sambal kacang eh ehhehe..
    igt sambal cengeng tu bila makan akan mengalir air mata sebab kepedasan ahahha

    ReplyDelete
  3. Mood syawal masih ada lgi ni ..sehari dua lagi syawal nak labuhkan tirai

    ReplyDelete
  4. hari tu masa abah beli satay terasa nak makan nasi impit tu...sedap plak masa tu nasib abah beli banyak...nak buat sendiri kang takut tak habis dan bazir kan...nanti la buat kalau pergi kerja next week...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!