SAMBAL SEPANJANG MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

MASAK Sambal Udang Petai. Pak Inche pesan kopekkan udang siap-siap, jadi SK buang kulit tengah jer, tinggalkan kepala dengan ekor, tak suka masak udang togel-togel, hehehe. Petai beli yang dah siap kopek, senang kerja, tu takpa, masuk terus sebiji-sebiji 😝


Untuk diri sendiri, masak Sambal Sardin. Lama sangat memendam rasa nak makan sambal sardin ni. Bukan dilarang pun nak memasaknya cuma bila dah ada lauk lain, macam membazir pulak nak masak lauk lain. 


Di hari yang lain, Sambal Daging la pulak.. Ini memang masakan yang kerap diulang-ulang. Rasanya bulan ni jer dah dua kali masak sambal daging ni.


Yang peliknya, dah minta sambal daging, nak juga daging masak kicap dia ni. Wajib ya ada, setiap kali masak sambal daging atau kari daging. Ni biasanya Pak Inche sorang jer yang makan. Nasib masaknya pun pakai campak jer, daging hiris nipis, gaul dengan kicap manis, lepas tu goreng dengan minyak sikit jer sampai daging masak.


Balik kerja, Pak Inche singgah kedai tomyam beli Sayur Chap Chai ni. Nak tersembur nasi dari mulut bila Pak Inche beritahu harga sayur ni RM10.. perghhhhhh!


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Minggu ini bersama sambal hahahahaha!

    ReplyDelete
  2. Dah nama orang Melayu, memang suka makan sambal le..

    ReplyDelete
  3. Omak ai..semua sodap2...Potai tu lagi la...Makanan kayangan juga tu sekarang ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. Nasin baik Pak Inche tak beli sambal sayur

    ReplyDelete
  5. hahaha sekali byk sambal dia masak hehehe...

    ReplyDelete
  6. Sambal la paling senang nak masak kan...tak yah fikir panjang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!