Assalamualaikum...
SEMALAM, genaplah 28 tahun arwah abah pergi meninggalkan kami. Arwah abah dilahirkan pada 4 Oktober 1931 di Johor Bahru dan meninggal dunia pada 12 April 1993 atau 19 Syawal 1414 ketika usia Sk 18 tahun. Masa tu adik bongsu, Cik Embun baru darjah 4. Kalau tengok pada surat beranak abah, tempat lahirnya di Balai Polis Depoh. Arwah abah ni memang dibesarkan dalam keluarga yang bergaul rapat dengan orang besar-besar. Bukan nak membangga diri tau, arwah atuk Sk merupakan orang yang berjawatan tinggi, begitu jugak dengan kaum kerabat di sebelah abah yang banyak bergaul dengan orang ado-ado. Orang ado-ado ni makanannya pun ado-ado jugaklah.
Jadi, selepas berkahwin dengan abah, ibu Sk rajin belajar banyak masakan dari orang ado-ado ni. Ibu SK, orang Kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. Sekolah pun sampai darjah empat jer. Tapi, ibu ni terang hati, walaupun sekolah tak tinggi tapi suka membaca dan belajar masak macam-macam. No wonderlah anak dia pun mewarisi bakat masak-memasak ibu, kahhhh. Tak payah sebut pasal makananlah, air sirap ibu jer dah menjadi pujaan hati anak-anak saudara. Istimewanya, air sirap ibu cuma boleh jumpa pada hari raya jer, hari-hari lain tak ado yo, kau hadap sajalah air kosong dalam peti sejuk tu 😜 Teruja betul kalau pergi rumah orang, dapat minum air oren, lagi-lagi kalau dituangkan air gas 😍😍😍
Saya pernah terbaca Sejarah dulu2 katanya ada pembesar Turki menghantar anak gadis mereka untuk dinikahkan dengan bangsawan Johor.Selain sebagai hubungan diplomatik,ia juga untuk mengembangkan agama Islam.Saya dah lupa sumber yang saya baca tu tapi siap ada gambar hitam putih gadis Turki & pembesar Johor tu.Katanya Syed & Syarifah tu itulah asalnya.wallahua'alam..Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman
ReplyDeleteKalau salah info itu salah sayam..🙏
Macam pernah tahu jugak kisah ni
Deleteok kita mmg x bole masuk sgt food arab2 ni...
ReplyDeletetakat nasi beriyani ayam masak merah ok lagi ar hahaha... :p
eh eh tu makanan arab ke eh?
mcm makanan kenduri kawen je kan :D
Hahahha.. makanan kenduri kahwen eh
DeleteCerita tentang tanah Jauhar ini, saya teringat pernah terbaca novel Surat-Surat Perempuan Johor tulisan Faizal Tehrani. Bahasanya sangat indah, disulam pantun. Entah di mana terselitnya novel tu sekarang.... rasa macam nak selongkar rak buku, nak baca semula.
ReplyDeleteSy ada kenalan yg banyak menulis tentang sejarah Johor dalam bentuk fiksyen, tentu Amie akan jatuh hati dengan tulisannya
Deletewak pon org johor tapi xlah tau makanan arab harissa camni., huhuhu
ReplyDeleteMemang ramai yg tak tahu tentang harissa ni walaupun orang Johor.
Deletepenah tgk ig permaisuri agong buat harisa ni.. tp mmg x penah rasa pun.. rasa mcm mana ye kak?
ReplyDeleteMacam rasa bubur asyura pun ya, tapi bubur asyura tu beras, ni oat
DeletePermaisuri kan Johorean
DeleteAbah saya juga telah meninggal dunia. Dulu abah saya seorang kelasi kapal. Banyak negara dia telah pergi. Abah pun pandai memasak. Anak saya yang sulung sering disamakan dengan abah saya. Dari rupa bentuk badan, gaya berjalan dan bercakap tak ubah seperti abah saya. Dapatlah ahli keluarga yang lain melepaskan rindu bila tengok anak saya, walaupun baru berusia 13 tahun.
ReplyDeleteMacam anak2 saudara belah abah sy pun ada seorang yang seakan2 rupa abah saya
DeleteMungkin sbb kami semua perempuan jadi tak ada yg betul2 muka abah sangat, hihi
DeleteSaya ada membuat giveaway terbaharu. Sudikanlah menyertai. Terima kasih.
ReplyDelete