TAPAU PERMIT TOMYAM GUNA RUNNER

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

MALAS nak memasak semalam terbawa-bawa sampai ke malam. Padahal dah berjanji nak masak Daging Masak Merah untuk makan malam, tapi masa makan Rio Burger tu, Iman kata, apa kata suruh babah beli makanan untuk dia aje, sebab dia terlalu kenyang nak makan malam. Sk pulak, tak sampai hati. Lauk-pauk mentah semua dah disediakan tapi tak dimasak. 

Jadi, pandai-pandailah nak cover line, hahaha. Sk pesan makanan dari Restoran Permit yang baru beberapa bulan lepas dibuka di taman belakang. Walaupun baru dibuka, tapi Sk dah kenal pemiliknya yang dipanggil, Ina atau Na hampir dua puluh tahun jugak sebab dulu beliau berniaga di pekan lama Kangkar Pulai dengan menggunakan nama Ameruskee. 


Ambil gambar masa Pak Inche sedang makan. Nasi Goreng Seafood.. eh.. sedap pulak nasinya dan banyak pulak tu. Disebabkan nak makan burger rio tu, Pak Inche suruh Iman habiskan. Iman yang konon tadi kata kenyang, makan sampai licin 😜


Takkanlah runner nak hantar nasi goreng semata kan, jadi, Sk pesan Mee Celup dua bungkus. Lupa nak cakap, tukar mee dengan kuey teow. Kurang sedaplah mee celupnya sebab tak boleh nak tambah-tambah kacang tumbuk dan cili. Pak Inche tak nak mee celup jadi sumbat masuk peti sejuk la nampaknya, petang-petang kalau lapar boleh panaskan, hihi.


Alang-alang tu, tapau laichikang sekali. Memang tak rugilah sebab sedap sangat laichikang ni. Walaupun banyak ais, tapi masih manis, tak mengelat bahan laichikang. Iman kata, lepas ni kalau bonda malas masak, order jer senang. Amboiii.. ke.. dah jemu dengan masakan bonda 🧑‍🍳🧑‍🍳🧑‍🍳






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasi goreng tu nampak sangat menyelerakan.Nasi gorwng kedai tomyam ni dia punya sedap lain macam kan...Eh,lai chi kang pun...panas-panas ni.....

    ReplyDelete
  2. Nasi greng tu tnegok gambar je pun tau sedap...suka tekstur nasi yang macam tu...baru sedap makan...

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok laicikang tu. Minum time panas2 macam sekarang memang best

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!