Assalamualaikum...
SELAIN daging steak yang dibeli Pak Inche masa Sk dah siap rebus tulang hari tu, Pak Inche beli juga berkeping-keping daging kambing untuk masak Lamb Chop. Jadi, masa sarapan pagi semalam, dia kata, jom kita buat barbeque malam ni. Haish.. ingatkan hari tu dah serik 🤭 Tak ada buat apa sangat kan semalam, jadi tenaga banyak terlebih-lebih agaknya 😆
Lepas makan tengahari macam tu, Pak Inche memerap kepingan kambing ni guna sos barbeque je. Lepas perap simpan dulu dalam peti sejuk. Bila arang dah mula berbara, baru susun dalam rak pemanggang ni. Senang nak pusing-pusingkan kambing tu kalau guna benda ni.
Sotong ni Sk cuma garam kunyitkan jer.. kepala sotong sumbat terus dalam badan dia supaya tak berjurai-jurai 😅
Nampaknya sekarang Pak Inche dah mahir sediakan bara. Kalau tak, berejam dia mengipas arang tu, hihi. Ni mula bakar arang lepas maghrib, pukul 7.50 macam tu dah mula membakar.
Masa bakar tu, Sk join sekali la.. sentiasa balik-balikkan kambing dan sotong supaya tak over cooked, nanti dagingnya kering, tak juicy. Bakar kambing ni lebih kurang 15 minit jer.
Sotong ni bakar lama sikit sebab masih nampak berair lagi. Takut jugak nanti liat kalau terlama bakar tapi okey, tak liat pun, garing tapi lembut dan juicy.
Siap bakar dan kemas semua terus mandi dulu bagi segar. Tak mahu makan dalam keadaan penat dan berpeluh-peluh lepas berdiang kat tempat barbeque tu. Jadi, masa makan tu memang makan penuh berselera la masing-masing. Kambing yang berkeping-keping tu pun cuma satu jer yang tinggal dengan satu kepala sotong.
😆😆😆
Karnivor lagiii🤣
ReplyDeleteSotong di laut,kambing di darat.dalam pinggan beretemu jua...hihihi
Suka..suka...sedap sangat kita baru ingat nak beli kambing slice ni and nak perap sendiri...
ReplyDeleteSyioknya main bakar2.. Rindu plak nk tgu adik badik berkumpul nak vakar reramai
ReplyDeleteMacam masuk syurga pula bila tengok BBQ kambing 🐐 & 🐙 ni...sedap!
ReplyDeleteGemok2 sotong tu
ReplyDelete