Assalamualaikum...
JANGAN mimpilaaaa... Malam tadi lagi Pak Inche dah request American Breakfast pagi ni. Layannnn..
MUJUR semalam dah habis cuci kain baju dengan telekung sekali. Jadi, fokusnya pagi ni lepas sarapan, Pak Inche vacum rumah dan Sk tukang mop. Iman... qada' tidur sebab tiap malam tidur 3 - 4 pagi, siapkan assignment katanya. Susah jugak kelas online ni sebab setiap kali ada kerja berkumpulan kena tunggu semua lapang betul-betul dan tentunya selepas pukul 9 malam baru semua dapat online.
Pak Inche kata, petang-petang baru masak untuk lunch. Hah.. tu bukan lunch lagi tapi dah kira dinner. Nanti tiber dia yang asyik lapar. Takpe, nasi goreng semalam ada lagi, nanti kita perangat.. 😅.. hidup ni jangan nak cerewet sangat 😜
Orang kata hari Ahad boleh berehat. Jangan mimpilahhhhhh! Time itulah nak siapkan semua kerja rumah yang sudah bertimbun!
ReplyDeleteBetul tu, Kak Amie. Kita pulak, hari ahad kerja. Esok ni BDR, kita nak perati aje, makan minun sila masak sendiri 😜
DeleteSelagi ada mulut nak disuap, jangan mimpi nak beristeri rehat
ReplyDeleteAmerican breakfast.. Dahsyat.. Pagi tadi saya Indian breakfast.... roti canai. Hihi.
ReplyDeletebetul kak... nasib baik dpt laki x cerewet kan? kdg diorg jugak yg volunteer nk tapaukan sbb x bagi kita masak.. haruslah on sajaaa.. hahaha
ReplyDeleteHehehe..Lockdown ni sentiasa lapar ye x..SA ni berat ari tu lepas puasa 58-59kg..la ni timbang dh 60kg semula...adoi laa
ReplyDelete