ROTI JALA TIGA DARA

 Assalamualaikum...


ROTI Jala sekarang bukan lagi pingitan macam dulu. Roti jala kini telah diangkat menjadi warga kayangan. 

Tengok dalam bekas pun dah tahu bukan Sk yang buat roti jala ni, hihihi. Ni Cik Ani yang buat, dia memang dah lama buat jualan roti jala ni, yang ini namanya Roti Jala Tiga Dara. Yang kuning dicicah bersama kuah kari, yang hijau bersama sos pandan dan yang coklat dicicah sos coklat. Ini makan malam kami hari Ahad kelmarin. Tengaharinya Sk masak Sambal Sotong dan Telur Bubuh Kicap tu.


Hari tu kan beli Mee Mamak kat Abu & Co, dua bungkus. Sebungkus Sk simpan dan Sk panaskan jer. Jadi, malam tu kami berkongsi makan mee ni, dengan roti jalanya lagi, Alhmdulillah, kenyang masing-masing. Roti jala pun berbaki lagi tu sekejap lagi nak panaskan untuk Iman. Yang karinya dah wassalam tinggal sos coklat dengan pandan.


Roti jala cicah kari jugaklah yang best. Kuah kari mesti pekat supaya melekat bila dicicah dengan roti jala. Sk kalau buat roti jala, lepas keluar dari kuali terus lipat tak pandai nak gulung. Dulu-dulu, roti jala yang digulung ni selalunya ada inti kari kentang kat dalam gulungan tu kan.


Roti Jala Tiga Dara. Pandai pulak la orang yang letak nama tu kan, sesuai betul. Rasanya Cik Ani join pjj nak buat roti jala ni semata nak belajar buat sos tu kot.


Makan malam hari ahad. Runner hantar roti jala ni awal juga ingatkan nak buat makan petang tapi Pak Inche kata, makan malam, bagus jugaklah. Pening dah fikir pasal makan ni, kalau dulu boleh jjcm kan, sekarang nangis tepi dapur fikir menu.


Tetiba teringat, kita ni dok fikir menu jer dah susah, apalagi orang yang terputus bekalan makanan, terputus duit, macam mana dorang nak fikir apa nak bagi anak-anak makan macam arwah abah dulu, bertahun sakit tak boleh kerja. Syukur masa tu makanan sentiasa ada atas meja.

Semoga pandemik ini segera berakhir dan kita akan dapat kembali hidup normal dan bebas macam dulu.. insyaAllah.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

10 Comments

  1. Sekarang depa dah kotemporari roti jala jadi macam kek la,macam bunga la bagai..kreatif tul..cantik plak tu

    ReplyDelete
  2. Roti jala warna coklat tu kalau warna merah lagi menyerlah.. tapi ok je, masuk dalam.perut dah tak nampak ape.. hehe

    ReplyDelete
  3. Roti jalan memang dah naik taraf sekarang. Sahamnya pun makin tinggi hasil idea kreatif yang luar biasa!
    Pernah dulu sekeluarga hidup susah tetapi belum pernah terputus bekalan makanan.

    ReplyDelete
  4. Abu & co tu restoran dekat pulai perdana tu ke?
    Aah kan...roti jala sekarang ada macam macam nama, rupa, warna, gaya, cara makan.. tapi sy masih setia la yg dgn yg warna kuning dan cicah kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, yg depan traffic light masuk pulai jaya (highway)

      Delete
  5. singgah nak makan ni..
    jom tukar link
    http://www.kembaraminda7.com/

    ReplyDelete
  6. Ada pulak yang ciplak idea kibar bendera putih tu, geram betul.. itu ikhtiar orang terputus bekalan makanan cetusan idea marhaen.. eh termelalut pulak haha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih