Assalamualaikum...
DAH beberapa kali memang nampak ada gerai baru dibuka yang menjual Nasi Beriyani di taman belakang taman perumahan Sk. Belum berkesempatan untuk singgah, selalunya bila lalu depan gerai ni, kami dah ada perancangan menu.
Bila ada seorang penduduk taman yang mencadangkan dalam grup penduduk untuk mencuba Nasi Beriyani Abang Beso ni, rasa terujalah pulak. Sk sengaja pilih hari ini untuk menapau Nasi Beriyani Abang Beso terlanjur Pak Inche ada di rumah kerana Nasi Beriyani antara makanan kegemaran Pak Inche.
Balik dari beli barang dapur tadi, terus ajak Pak Inche ke gerai Abang Beso tapi masa kami lalu tak adalah pulak. Hurmm.. agaknya awal lagi ni, baru jam 11.30. Gerainya terletak di sebelah kanan jalan di mana kami perlu membuat pusingan u sama ada hendak ke gerai atau nak balik ke rumah. Masa patah balik tu la nampak Abang Beso baru sampai, haha. Jadi, kami balik rumah sekejap hantar barang-barang, kemudian baru pergi tapau Nasi Beriyani Abang Beso.
Suka nasi beriyani ayam....
ReplyDeleteklu dapat ayam goreng ranggup2 lagi perghh nikmat hahaha...
banyak tu set die..kenyang tersandar ni
ReplyDeleteKalau wak ngadap nasi baryani, mesti cari kambing.
ReplyDeletePandai peniaga tu cari tempat strategik kan...tahu jer dimana ada peminata briyani...hihihi
ReplyDelete