BIHUN SUP TULANG DENGAN SAMBAL KICAP PEDAS NAMATEY

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

BAGUS jugak bila malam tadi Pak Inche cuma mintak masakkan bihun sup. Sebetulnya, Sk tak pandai masak bihun sup ala-ala restoran yang ada macam-macam aksesori. Malas sebenarnya nak masak sesuatu yang kena letak macam-macam ni. Kebetulan ada satu bungkus tulang lagi tulang yang Pak Inche beli dari pasar tani. Jadi, Sk cadang buat sup tulang dan celur bihun sajo. Senangggg keroje Mak Inche.


Sk masuk tulang dalam pressure cooker terus bersama selabu bawang holland yang dipotong baji, 5 ulas bawang putih diketuk dan beberapa hirisan lengkuas, sebab halia belum beli lagi. Malas nak ke kedai nak beli halia semata. Nanti macam-macam pulak yang dicapai. Haaa.. sup bunjut pun kita campak sekali dan set HP (high pressure) 70. Memang empuk dan lerailah daging dari tulang tu 😍

Lepas tu suruh Iman buat sambal kicap habiskan semua stok cili padi. Ada la beberapa biji cili padi merah tu.. pehhhh...dia punya berdesingggg.. mahu berasap telinga, hurmmm.. ini barulah sambal kicap pedas meletops 😜😜😜


Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sambal kicakp lagi pedas lagi sedap. Lagi berdengung telinga dibuatnya.

    ReplyDelete
  2. senang keja kalo buat sup.. tp kena beli jugak mee kuning paling x pun meehoon yg mst ada stok kt umh... haaa siap.. sapa nk mkn nasik ke nk mkn mee ke sendiri pilih... hehehehe

    ReplyDelete
  3. Sambal kicap dengan Johor berpisah tiada.Petang kang goreng plak pisang.Cicah sambal kicap..Layannnnn

    ReplyDelete
  4. Wah! Mama Cella dah ada gulai tulang, di sini sup tulang. Kita barunak selongkar tulang dalam freezer!

    ReplyDelete
  5. SA kalau buat bihun sup kena buat sekali utk version mee sbb SA x berapa suka bihun sup..dania yg suka...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!