KARI IKAN TE(R)MENUNG TERINGAT KAT KAMPUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

HARI tu gi pasaraya kecik kat taman ni jer. PKP kali ni pergerakan tak boleh lebih radius 10 km, kan. Yang dulu pun sama, tapi masih boleh ngelak-ngelak lagi tapi kali ni, mana-mana jalan keluar dari taman perumahan Sk ni ada sekatan jalanraya, haaaa.. sayang duit oo kalau tetiba kena saman 5,000. Jadi, pergi jer la pasaraya-pasaraya kecik dalam taman ni yang mana kita selesa.

Kat pasaraya, nampak ikan kembung. Pak Inche kata, lama tak makan ikan temenung. Temenung tu sama tak dengan termenung? Tanya Sk, sambil meletakkan tapak tangan ke dagu, gaya orang sedang termenung. Pak inche kata, sama laa 😂😂😂. Sk pun pilih enam ekor. Hari ni kita masak kari. Nak makan tu, Pak Inche kata, haaa.. macam kat Kola Ketil.. keciannnn 😜😜😜


Selalu Sk ngelat, masak kari tak letak santan. Ni Sk letak la supaya taklah cayaq sangat. Orang Kedah panggil kari cair-cair ni, gulai, kan. Kat Johor ni, gulai tu maksudnya asam pedas. Ingat lagi dulu, masa baru kahwin, Sk cakap PI, nak masak gulai, suka bebeno la dia. Siap hidang dia merajuk, sebab rupanya Sk masak asam pedas 🤣

Oh, ni pertama kali cuba guna santan jenama Saji 😍


Siap hidang dah.. mai makan lekaih
🧑‍🍳


Dua ekor masuk dalam gulai, yang lain semua perap garam kunyit. Goreng dua ekor dulu, yang lain goreng kemudian. 


Ikan goreng wajib, lepas tu nak makan panas-panas. Dah nak makan nasi, baru goreng. Lepas tu sendiri yang terkitai jari sebab cubit ikan panas-panas.


Sambal belacan dan Kicap potong bawang dan cili padi. Ulam timun aje, tak ada stok sayur. 


Ada budak tu tak makan ikan termenung. Eh, sejak bila dia tak makan, tatawlah. Dia mintak gorengkan telur mabuk.


Jangan mabuk makan telur ni dah laaa. 
Goreng telur, bubuh kicap lepas tu hancurkan. Yang bagi nama telur mabuk, pensyarah Sk kat kolej dulu, hihi. Terikut sampai sekarang panggil telur mabuk.


Tu jer lauk ni, curah sikit kicap potong tadi. Sedap jugak makan macam ni 😂

Fikir.. malam ni nak masak apa pulak
🧑‍🍳🧑‍🍳🧑‍🍳


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terhidu aroma masakan kari, jumpa hirisan timun dan sambal belacan. Sedap betul bila bertemu dengan nasi dalam pinggan! Kita dah lama tak shopping barang dapur. Akhirnya malas dah nak keluar...biarlah pakwe tu yang beli ikut suka dia hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. kalau hari kerja, memang pakwe jer yg beli barang semua, kita malas nak keluar, Kak Amie

      Delete
  2. Sedap gulai temenung..Kalau dapat rempah cap O plak...piaw gulai dia...betoi dah tu,gulai ikan kena gu ngam cabai tumbuk & ulam.ikan goreng sekali pakej...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau balik utara, memang beli rempah cap o banyak2 buat stok 😂

      Delete
  3. Dah makan tu masih termenung lagi tak? Hihi.

    ReplyDelete
  4. Bagai terbau-bau plak kari ikan kembung tu ha...sedapnyaaa....SA suka...pas tu goreng ikan masin ke..telur dadar ke..sambal belacan ke...uiiiii...sodap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!