AYAM MASAK LOMAK CILI API

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...


AYAM Masak Lomak Cili Api.. tayangan dari dalam periuk sebelum tutup api. Tu sebab nampak berbuih-buih pasalnya tengah mendidih. Dia punya bunyi menggelegak tu.. buat perut rasa lapar, hahaha.

Macam selalu, Sk akan masak lomak ikut stail orang nogori. Cuma guna kunyit hidup dengan cili api yang ditumbuk halus. Okey, tipu.. Sk tak tumbuk tapi kisar. Ada benda senang buat apa nak susah-susah, ya tak 😅
Selalunya, Sk akan kisar sekali dengan halia tapi halia yilek.. jadi masa nak masak tu, Sk masukkan sedikit hirisan lengkuas bagi menggantikan halia. Ketuk serai dua batang campak sekali dalam periuk. 

Dua tiga hari ni, tiap malam makan nasi. Pak Inche dah mula sibuk di pejabat jadi dah tak sempat makan nasi. Setiap kali tu jugak, ada nasi lebih. Bukan banyak, setengah senduk aje pun tapi tak ada siapa nak habiskan. Jadi, Sk kumpul-kumpul, dapatlah masak nasi goreng pagi tadi 😍

Syukurrrr.. Alhamdulillah 🥰



Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah! Siap masak dah ke untuk makan tengahari ni. Laju jew buat kerja.

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaa....sarapan dah suap..Kain dah mesin.Lunch pun dah ready...Big clap untuk SK hari ni....hihihi

    ReplyDelete
  3. Ramai yang lunch dengan masak lemak . Tgh blogwalking tadi dah terjumpa 2 3. Blogger masakkan masak lemak

    ReplyDelete
  4. Kalau ayam masak lemak cili api ni.. SA memang dah expert sanagt dah...dalam sebulan mesti berkali- kali masak

    ReplyDelete
  5. masak lemak mmg terbaik... udang masak lemak.. daging salai masak lemak... telor masak lemak... all time favourite

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!