Assalamualaikum...
MASA buat Memo Arahan Kelas Dalam Talian, pagi tadi, baru Sk perasan, dah 28 Syawal. Diam tak diam dah nak masuk bulan Zulkaedah. Hari ini, Iman ada temujanji rawatan gigi di Klinik Pergigian I-Sihat, Bukit Indah waktu tengahari. Jadi, semua kerja-kerja pejabat kena selesaikan dulu sebelum keluar.
Ngam pukul 11.45, semua kerja yang bos minta dah siap dihantar. Jadi, kita hantar dulu, kalau ada perkara yang perlu diubah, boleh diubah balik klinik nanti untuk sesi petang pula. Temujanji Iman jam 12.30, pukul 12.05 dah terpacak depan klinik, hihi. Sk suruh Iman mesej klinik, kalau boleh masuk awal. Bila staf klinik jawab boleh, terus matikan enjin dan panjat tangga naik tingkat dua.
Lepas imbas mysejahtera, periksa suhu badan (dahi), Sk terus duduk menunggu Iman selesaikan urusan pendaftaran. Iman, walaupun anak tunggal tapi dah terbiasa berdikari sejak kecil. Jarang sangat dimanjakan, dipukul lagi la selalu supaya jadi orang 😜
Belum panas punggung, dah dipanggil masuk ke bilik rawatan. Ini pertama kali kami pergi Klinik Gigi Swasta, selalu pergi klinik kerajaan tapi masa pkp ni macam leceh pulak lagipun klinik kerajaan bukan setiap hari buka untuk rawatan gigi.
Cepat betul siap.. doktor boleh tampal gigi jer, kata Iman. Pkp ni tak dibenarkan cuci gigi kena tunggu lepas pkp buat lain temujanji. Gigi Iman berlubang, belum sakit lagi tapi dia kata, kat tik tok, tik tokers kata, kalau gigi berlubang jangan tunggu sampai sakit nanti beri kesan pada saraf. Ialah tu, tik tokers cakap semua mahu ikut, bonda penat cakap, nak tido gosok gigi sampai 88 kali, baru buat. Terbang duit bapak kau seratus 😆
Iman cakap lagi, best bonda, ailio kita sume nurse yang tukang sedutkan. Kalau pi kerajaan kita kena pegang sendiri sedut ailio tu, manalah kita nampak kat mana ailio kita bertakung. Iyolah nakkkk, klinik kerajaan kita bayo RM2, beza RM98 tuuuu.
Dah terlanjur kat depan tu ada Mekdi, kita tapaulah sekali. Kali ni cuba burger edisi terhad, Rio Beef Burger. Yang tak makan daging, boleh pilih Rio Chicken Burger. Sedap burgernya, pedas-pedas, bunnya rupa macam bola (sepak).
Tengok dalam gambar menu, macam tak ada ala carte, semua set datang bersama fries dan minuman float bersaiz besar. Perghh.. kecik beso kecik beso tengok air ni. Duduk rumah banyak sangat minun air manis. Umur dah makin purba, bila la nak insoffff???
ðŸ˜
Saya pulak tak berani kat pergi klinik gigi waktu kritikal macam ni. 😂
ReplyDeletememang..selalunya pergi swasta je..tapi ada aritu saja g klinik kerajaan sebab sambil tunggu mak, pastu habis kita sndri yg kne pgg penyedut tu..entah betul entah tak je AD pegang hahaha
ReplyDeleteUit....pergi Lahad Datu anak & bapa kena "saman" gigi.Patah balik Johor pun ke klinik gigi juga.Hari Rabu is Hari Gigi ka...hihihi
ReplyDeleteHahahahaaa.... tak ada idea nak komen dah!
DeleteSebelum tido gosok gigi iman.
ReplyDeletePakai ubat gigi yang chef kat iklan tu tunjuk.
Akak dok amik ubat sakit jantung
ReplyDeleteDoc tak berani tak cabut gifi..tak berani nk bius
Last2 akak cabut sendiri..mana tahan dok berdenyut2 sakit
Tadi pagi sarapan pun di Mekdi... kedai banyak tutup, hujan pulak lebat, apa lagi pandu lalu la.. Sarapan je dah 14 ringgit. Huk aloh.. Kalau beli nasi lemak banyak boleh dapat. Siap boleh beri orang lagi.. haha
ReplyDeleteLin sampai postpone Kak appoinment GG hahahaha alasan PKP kakakakah.. sebab tau tak boleh cuci kann.. adeiii
ReplyDeleteSampai bila la burger Rio ni erk..limied time kan...SA jarang minum manis..klau minum pun Kopi 434, Itupun sesekali je..lebih banyak minum air mineral...berkotak2 beli sebulan SA sorang je minum
ReplyDelete