Assalamualaikum...
PAGI (semalam) minta buatkan sarapan American Breakfast, malam dia nak makan Nasi Ayam Hainan, pulak. Kita layan jer la.. dah tak boleh makan kat kedai, kan. Biasanya Sabtu, hari meronggeng dan gantung kuali. PKP ni kita hadaplah dapur dari pagi sampai malam 😜
Dulu, Sk rasa susah sangat masak nasi ayam ni. Masa tu kalau nak masak kena rujuk resepi-resepi di internet. Punyalah banyak bahan dan langkah demi langkah. Rasanya lebih baik beli nasi ayam kat kedai, terus ngap 🤣
Pak Inche pulak suka betul makan nasi ayam. Memang banyak kali la dok masak, lama-lama dah tak tengok resepi dah. Kita campak baling ikut cara kita jer. Janji ada rasa nasi ayam. Tapi syaratnya kena cukup.
Mula-mula rebus ayam hingga empuk. Ikut cara konvensional, didihkan dulu air dengan halia sebuku, baru masukkan ayam dan tunggu ayam empuk. Kalau ayam tu bulat-bulat seekor, kurang-kurang kena doploh minit. Nak pastikan ia masak, cocok pangkal peha ayam dengan chopstick kalau tembus tu kira dah masak laa.
Cara ekspres, masukkan ayam dipotong empat, halia dan air separas ayam dalam pressure cooker (noxxa), set HP 15 minit, dan tunggu bunyi tit tit, hehehe. Keluarkan ayam dan masukkan dalam air berais, biar hingga ayam sejuk dan toskan. Kemudian curahkan kicap cair dan minyak bijan pada ayam sehingga rata, ketepikan.
Dah ada air rebusan ayam, bolehlah masak nasi. Dulu, suka tumis bawang nak masak nasi ayam tapi sekarang, bawang pun tak letak dah. Cuci beras bersih, toskan. Resepi nasi, nasi ayam SK :
2 pot beras basmathi
4 pot air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 kulit kayu manis
3 bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 bunga lawang
Pokok daun bawang (ambil bahagian bawah sahaja, potong seinci)
Masukkan semua ni dalam rice cooker, on - kan, dan biar hingga nasi kering.
Lepas kering campak jer sepokok daun sup dan taburkan bawang goreng (beli ready made 😜)
Sementara tunggu nasi kering, sediakan salad, potong timun dan tomato. Sk memang suka banyak salad dan tomato, kalau makan nasi ayam suka letak banyak-banyak. Masak sendiri puaslah letak banyak.
Kicap dan minyak bijan yang kita lumur pada ayam tadi, akan bercampur dengan air dari rebusan ayam pada ayam tu, kita asingkan masuk dalam mangkuk lain. Untuk sambal ayam, Sk gunakan 8 tangkai cili merah, halia dari rebusan ayam tadi, kisar halus, kemudian masak atas api hingga cili masak, barulah tambahkan air, jus limau, cuka, garam dan gula.
Air lebihan rebusan ayam, masukkan satu kiub pati ayam, daun sup dan daun bawang (pangkalnya). Siap dah sup. Tak payahlah nak letak carrot ke, kentang ke, sengkuang ke, bukan dorang makan pun. Dihirup supnya aje.
Untuk Iman, dia suka ayam yangbbq, tapi SK cuma goreng sekejap. Sapukan dulu dengan sedikit madu, sedappppp.. bertambah masing-masing makan. Syukurrrr.. Alhamdulillah
😍😍😍
Sedapnyaa... Yana belum ada bukak molot plak nak buat nasi ayam hehehe...
ReplyDeletesodapnya ni kak... sy rs sy x pass lg masak nasik ayam.. mst rs mcm ada je yg kureng... nk kena praktise makes perfect ni..
ReplyDeleteWah,sedap nampak ayam rebus tu.Saya suka ayam hainan style tu kalau cicah dengan sambal halia..Simple sedap nih
ReplyDeleteAdoooyaii... Sedapnya. Wajib bertambah.
ReplyDeleteIni macam kedai pun boleh tutup SK:p
ReplyDeleteBila dah biasa, rasa senang je nak masak nasi ayam ni kan. Main campak-campak je...
Tak pernah rasa jemu makan nasi ayam. Semuanya rasa sedap belaka!
ReplyDeleteAlahaiiii...terliur kita tau...sedap betul la nasi ayam tu...kena buat jugak ni
ReplyDelete