NAK JADI IKAN BUNTAL AGAKNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

PAGI-PAGI asal celik mata jer akal dah mula berpusing memikio apa nak dialaskan ke perut pagi tu 😆 Kadang-kadang konon nak cicah biskut dengan kopi jer tapi sejam lepas tu tetaplah jugak cari makanan lain 😜 Dia kalau kat office segan nak makan banyak kali depan kawan, kan.. kat rumah sendiri nak segan ngan sape???


Ahad, Pak Inche beli tosei empat keping, nasi lemak tiga bungkus untuk sarapan dan nasi minyak untuk makan tengahari. Pak Inche tataw pagi-pagi bini dia dah melantak nasi dengan sambal sardin, hahaha. Tak nak Pak Inche berkecik hati, Sk balun jugak nasi lemak sebungkus dengan tosei separuh. Nasib baik Cik Ani dan Che Li datang hantar Laksa Lemak Terengganu tu, Sk suruh dorang tolong habiskan tosei.


Pagi ni dua beranak tu request nak makan Sandwich Telur. Dah siap rebus telur baru perasan mayonis tinggal sikit, belasah jer la guna thousand island. masam sikit la inti telur kita, hahaha. Lepas masukkan bekal masing-masing, SK pun alas perut sendiri.


Kannnn dah cakap, lepas sejam nak jugak cari makanan lain. Mana penuhnya perut taruk roti aje, hahaha. Teringat ada sebungkus mee celup beli dari Permit Tomyam tu, kita transform jadi Mee Goreng Daging pulak. Hurmmm.... habis pkp jadi ikan buntal agaknya.



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uish..aneka sarapan tu,sedapnya walaupun hari apa tak kira la kan..hihihi
    Saya kebuluran sekap tadi.Datang tempat kerja awal semua kedai lum buka.nak beli roti pun kedai belum buka sebab belum pukul 8..hihihi

    ReplyDelete
  2. Hahaha meriah kan makanan kat rumah tu.. Mmg sentiasa je ada kan 😅

    ReplyDelete
  3. Mi goreng tu nampak sedap. 😋

    ReplyDelete
  4. Pelbagai aneka makan yang ada. Ni kenyanh sampai ke tengahari

    ReplyDelete
  5. Sama la macam kat rumah ni...abis PKP nanti jadi buntal la nampaknya...pening..hahaha...pening x tau dah nak masak apa

    ReplyDelete
  6. Nak buat cemana.... kita pun terpaksalah terima hakikat jadi ikan buntal.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!