Assalamualaikum...
MASIH lagi habiskan apa yang ada dari peti sejuk. Kesian, peti sejuk kita macam dah sesak nafas dibuatnya. Apa tidaknya, kalau sekali masak, macam nak makan lima enam orang, hahaha. Tu satu.. satu lagi, kalau pergi beli barang kat NSK tu, kebanyakannya dah siap pek. Contohnya, taugeh.. dah pek seplastik.. kucai, dah diikat secekak, sayur semua memang dah siap pek, jadi bila masak, kita ambil yang nak masak jer, banyak lagi lebih yang tak dimasak, sumbat.. sumbat.. sumbat.. mana tak penuh esbox.. hahaha.
Sos bolognese yang Sk masak sempena
Hari Jadi Bos, ada sikit lagi yang tinggal, nak buang sayang, nak dipanaskan, tak cukup, jadi kita olah dengan bahan lain, dari belen-belen masakan lain, macam udang tu, baki Sk masak Laksa Sarawak malam tadi, haaa.. nanti cerita. Kucai, taugeh, sawi.. pun baki dari masak
Mee Siam Singapore tu. Semuanya pagi ni kita buat Fettucine Goreng.. ala-ala mee goreng laaa gituh. Lega sikit peti sejuk kita 😍
Sarapan sorang-sorang la pagi ni.. semua dah sibuk dengan urusan duniawi masing-masing. Lepas makan cepat-cepat kemas dapur sebab banyak laporan nak kena kemaskini. Kain baju pun tak banyak jadi tak payahlah cuci walaupun geram jer tengok cahaya matahari pagi tadi. Takpe, kena jadik profesional katanya, jangan work for home semasa work from home, erkkk!
Selamat berPKP dan selamat menjamu selera..
ReplyDeleteHahaha..
ReplyDeleteBab menyumbat peti ais dengan makanan frozen tu macam ada persamaan la.Masak sambal tumis,kuah kacang bagai asal ada lebih swmua nk sumbat kat peti ais..hihihi
Nampak sedap je ni
ReplyDeleteSamalah SK, peti sejuk rumah saya punn penuh dengan makanan frozen dan lain lain sebab housemate pakat beli buat stok masa lockdown hahaha, malas nak keluar acap kali.
ReplyDelete