Assalamualaikum...
KAIN baju sedang berpusing dalam mesin. Lori sampah baru saja lalu. Lega betul bila semua sampah dah diangkat. Rasa semua beban bagai dibawa keluar dari rumah. Terutama bila ada sampah yang boleh dikitar semula. Tin, plastik, kaca selalunya akan diasingkan dari sampah lain. Tapi sekarang tengok lori sampah, dipunggah aja sekali arung. Dulu beriya suruh asingkan sampah, siap pergi punggah tong sampah penduduk nak cari kesalahan. Nak kompaun bagai, tetiba senyap sunyi macam tu aje. Macam kesalahan merokok di kawasan kedai makan.. pun tetiba dah boleh merokok pulak jika duduk meja luar restoran. Nasib baik sekarang pkp, semua kedai makan cuma boleh tapau 😆
Cerita pasal asingkan sampah, Sk memang akan tuang minyak terpakai dalam botol sebelum diletak di luar tong sampah. Kononnya supaya senanglah nanti mereka nak lupuskan. Sk ni ada satu tabiat, suka tengok pekerja tu angkat sampah. Sebab nanti akan datang rasa lega tu, hahaha. Lepas tu, Sk perasan, kenapa pekerja tu lama berdiri depan tong sampah Sk. Rupa-rupanya, dia tengah tuang/buang minyak terpakai tu dalam tong sampah Sk untuk asingkan botol plastik (botol minyak masak) tu. Botolnya dia ambil, minyak dia tuang dalam tong sampah kita, menyirap betul darah dibuatnya. Sejak tu, memang Sk terus jer masukkan botol minyak terpakai dalam tong sampah terus, tak kuasa nak prihatin sangat dah pasal minyak terpakai ni 😂
sedap juga nasi goreng daging tu pagi2 ni kan?
ReplyDeleteMak Inche dok beletiaq apa pagi-pagi Jumahat ni..?
ReplyDeleteHabis kena letiaq...dari lori sampah sampai ke barang dalam rumah.Hahahaha,actually kita serupa...kikikiki
Haaaa... bubuh tajuk Leteran di Pagi Jumaat hahahahaaa!
Deletesedap tu nasi goreng daging
ReplyDeletehuhuhu x sempat bkfs lagi ni.. nmpk gaya terus ke lunch aje la ni..huhuwaaa laapaarr plk tetiba tgk nasi goreng kat sini.
ReplyDeletesedapnyaa nasi goreng daging
ReplyDeleteKita berangan nak buat sarapan pagi nasi goreng, rupanya pakwe kita terlebih dahulu beli nasi lemak!
ReplyDeleteSA kan dah mengemas 2-3 hari ni...punggah dapur, mana bekas2 yang pak zain sipan buat harta tu semua SA buang, gantikan dengan bekas baru..pinggan2 melamine yang dah lusuh SAa buang, then beli yang baru kat kedai 2 hengget...pakai tu je..dah pinggan dalam lemari x nak guna kan...eh salah komen ke ni...bukan nak komen nasi goreng ke...erm..nasi goreng dagin tu sodap!!!
ReplyDelete