NASI LEMAK TELUR LENGGANG RM35

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

MASAK Nasi Lemak ajelah.. jawab Pak Inche, bila Sk tanya lauk apa nak masak untuk makan malam, semalam. Masak nasi lemak memang senang tapi yang malasnya semalam nak kena gunting lada kering dulu sebab stok cili kisar dah habis. Ingatkan nak beli aje makanan siap bungkus di warung-warung yang ada dalam taman ni. Fikir-fikir, layan ajelah nasi lemak. Lepas BDR, terus capai gunting dan cili kering. Pukul 6 dah siap masak nasinya dan sambal pun dah siap serentak. Cuma telur lenggang tu, Sk suruh Pak Inche buat, sebab Sk dah penat masak kononnya, hahaha.


Timun tak ada pulak, Sk ganti dengan petai, haha.. tapi, Sk sorang jer la yang berulam petai ni. Pak Inche tak pandai makan petai mentah, Iman lagilaaa tak makan petai. Masa dia kecik-kecik dulu makan pulak, sekarang dia kata pahit, hurmmm.


Iman tanya, pukul berapa nak buat telur lenggang. Eh, macam pelik pulak soalan. Rupa-rupanya, dia tawarkan diri kat bapaknya untuk tolong lenggangkan telur. Tapi babah kena bagi RM35, nak beli barang kat shopee. Licik sungguh budak sorang ni. Babah pulak tak fikir panjang terus setuju. Tengok la rupa telur lenggang RM35 nih.. nak gelak guling-guling rasa 😂

Bertuah punya anak







Tags

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaha..kalau dengan buah hati pengarang jantung,kalah la baba.

    Iman dah claim voucer
    e-belia tak?Rm50 tu..ka dah habis dah belanja kat shopee🤣

    ReplyDelete
  2. Inilah namanya kreatif dan inovatif bila masuk dapur. Gantikan timun dengan petai hahahaaa. Amboi telur lenggang harga RM35 ye... nakal sungguh Iman ye.

    ReplyDelete
  3. hahaha..taktik menjadi dan mengena ni..alahai.

    ReplyDelete
  4. Panggil telur lenggang ke tu? Saya sebut telur dadar..

    ReplyDelete
  5. Ingatkan rega nasi lemak sampai RM35
    Apa hal mahal sangat

    ReplyDelete
  6. Hahaha bc tajuk terpk awt mahal nya nasi lemak dia smp rm35 rupa2 nya ada udang sebalik telo ����

    ReplyDelete
  7. Mahainya telur lenggang tu :D
    Cerdik Iman ni...

    ReplyDelete
  8. saya lama dah tak buat nasik lemak.. sama lah malas nak masak bila cili kisar dh habis.. hihi

    ReplyDelete
  9. Bagus Iman...otak- otak sedang berhubung kan...kena la kreatif...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!