Assalamualaikum...
CEPATNYA bonda masak! Kata Iman sebaik sahaja kami mengadap hidangan Kuey Teow Th'ng ini malam tadi. Dia tak nampak agaknya, mak dia balik dari kedai semalam petang terus sinsing lengan depan sinki, walaupun Pak Inche kata, nak makan pukul 9 malam. Tak nak dah berpenat-penat sebelum makan. Orang sekarang kata, buat leha-leha jer 😆. Jadi, balik dari kedai terus bersihkan dan sedia siap bahan nak masak, masuk dalam peti sejuk dulu. Pukul 9 baru menumis untuk masak sup.
Sambil siapkan bahan, Sk buat stock ikan bilis dulu. Renih lama sikit supaya terasa supnya nanti. Dulu, pernah nampak menu kuey teow th'ng ni di sebuah restoran. Mulanya ingatkan apa la.. nak sebut th'ng tu pun tak reti, hihi. Rupanya kuey teow sup yang jernih macam chinese soup. Senang aje nak buat, yang susahnya kalau M besar macam Sk ni la.. 😜
Resepi Kuey Teow Th'ng Alam Sari
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil ikan bilis*
1" halia hiris atau dipecahkan*
2 ulas bawang putih diketuk*
2 cawan air*
Rebus dan renihkan bahan bertanda * lebih kurang 15 minit.
2 ulas bawang merah
3 cawan air
1 kiub pati ikan bilis
1 peket fishball belah dua
2 keping fishcake potong kecil
10 batang jejari ketam
1 ikat sayur sawi
1 mangkuk kecil taugeh
Kuey teow dileraikan dan celur sekejap
Cara-cara :
1. Panaskan sedikit sahaja minyak masak, tumiskan bawang merah hingga layu.
2. Masukkan air dan kiub ikan bilis, kemudian masukkan stock ikan bilis tadi, (tapis ambil stock sahaja).. didihkan.
3. Masukkan bahagian batang sawi saja serta fishball, fishcake dan jejari ketam, biar mendidih.
4. Kemudian masukkan daun sawi, tambahkan garam jika rasa tak cukup masin (Sk tak letak).
5. Biar sekejap, dan boleh tutup api.
6. Semasa menghidang, letakkan taugeh (boleh dicelur dahulu atau mentah).
7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng. Makan bersama cili padi yang dipotong dituang kicap soya cair atau boleh juga dimakan bersama sambal kicap.
Sedapnya ...tambah plak minyak bawang putih+ bawang putih crispy.Sambal kicap SK mesti power punya.Takyah jonging bagai dah boleh lap peluh sampai ke kaki...hihihi
ReplyDeleteFirst time dengar kuey teow th'ng ni.
ReplyDeleteBiasa dengar char kuey teow dan kuey teow kungfu je.
CCL sebut kway teow theng .hehehe
ReplyDeleteOkey nak cuba nanti..minta izin amik resepi ye SK, nampak senang dan berkhasiat tu..
ReplyDeleteAmboi! Sebut ting jew cik portmeirion sekeluarga menghidangkan diri.
ReplyDeletemenarik jugak ni.. ada sebungkus kuey tiaw lg dlm peti
ReplyDelete