MAKAN NASI DENGAN DURIAN - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN NASI DENGAN DURIAN

 Assalamualaikum...

ANTARA makanan yang menjadi kewajiban setiap kali tiba musim durian adalah nasi yang dituang santan yang dikacau dengan sedikit garam, serta dimakan bersama durian dan gula pasir.  Masa budak-budak dulu, Sk adik beradik dipaksa untuk makan nasi dengan durian ni. Perasaan macam nak menangis tapi ada berani ke tak makan.. hahah. Sk tak tahulah perasaan adik-beradik yang lain tapi ini bukanlah makanan kegemaran Sk cuma bila rupa-rupanya inilah makanan yang harus Sk sediakan untuk Pak Inche setiap kali ada durian kat rumah, maka terkenang jugalah memori silam.. hahaha.


Dari minggu lepas sebenarnya Pak Inche berhajat nak beli durian ni tapi Sk risau duit terbang macam sebelum-sebelum ni setiap kali beli durian. Agaknya dah nekad sangat la tu, Pak Inche berhenti beli durian yang dijual di tepi jalan Taman Sri Pulai Perdana. Durian kampung kahwin, sekilo RM20. Pak Inche beli tiga biji jer, saiz sebesar kepala budak sekolah rendah. Sebiji tu beratnya anggaran sekilo aje, jadi tiga biji kena RM60. Hurmm.. murah giler kot, sebelum ni beratus habis kalau beli durian.

Tugas mengopek memang serah ke Sk la, kalau suruh Pak Inche kopek, memang macam kopek kelapa, hahaha. Durian yang pertama tu, ada lebam sikit pada salah satu pangsa, ingatkan dah masam tapi isinya sedap, lemak manis. Durian kedua dan ketiga pangsa semua elok. Terkesima pulak sekejap, setiap pangsa penuh isi yang tebal dan sedap, Alhamdulillah... Syukurrr3.

Dua pinggan Pak Inche makan nasi dengn durian, orang lain makan sampai menjilat jari, dia makan sampai menjilat pinggan.. yassalammmmm... Laki akuuuuuuu 😆😆😆





 

10 comments:

  1. kami belah jitra, kedah ni besa mkn mcm tu juga, kdg-kdg ganti santan tu ngan air garam shj...sedap...org sblh pekan x reti mkn ngan nasi, depa mkn ngan pulut...

    ReplyDelete
  2. ya habibi ya maulananaa.... bagusnya laki dia. Bersih dah pinggan tu. Jimat sabun & air.

    ReplyDelete
  3. Saya biasa makan begini juga . gula tu ada tambah gula Melaka.

    ReplyDelete
  4. wakakakka....
    saya pun dok pulun beli doyan 5kg semlm
    haha arini dok buat layan pulut ngan pengat doyan... burlpp bau doyan je satu rumah :D

    ReplyDelete
  5. PH tak pernah makan durian dgn nasi begini. Tapi, kalau pulut durian dgn santan tu favorite :)

    ReplyDelete
  6. Huwaaaaaaa😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  7. Wak tak pernah cuba lagi makan durian dengan nasik

    ReplyDelete
  8. Teringat arwah ayah akak suka mkn durian dgn nasi. .akak dgn pulut ja boleh telan..

    ReplyDelete
  9. Abah SA suka makana macam ni...SA x leh..x leh terima..orang tua- tua la suka makan macam ni kan

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih