ASAM PEDAS AYAM SEMALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

LAPTOP buat hal nampaknya hari ni. Merajuk apatah, padahal punyalah semangat Sk nak update data pagi ni. Sampai ke sudah, apapun tak boleh. Tapi, cuma microsoft office jer la yang bermasalah. Blog, youtube, netflix 😜 nampak macam okey jer. Update blog biasanya Sk memang guna phone jer sebab gambar memang semua dalam phone kan. Ni pun gambar makanan punyalah banyak tapi tak ada idea nak taip apo 😤


Kerajinan yang terpaksa semalam. Mana boleh tahan kalau semua nak tapau, jadi.. Sk tanyalaha Pak Inche, dia nak makan apo? Jawabnya, nak Nasi Minyak dengan Ayam Masak Merah. Amboiii.. permintaannn. Sk tanya beberapa kali, rajin ke nak pergi kedai semata nak beli timun dengan nanas untuk buat pencuk. Dia kata rajin. Jap jap, Sk tanya, rajin ke.. rajin ke.. saja nak provok, kahhhh. 

Lepas tu, Pak Inche tukar, nak Ayam Masak Sambal aje dengan Ayam Goyeng. Terpaling menyampahlah kalau nak buat kerja dua kali masa memasak. Contohnya Ayam Sambal, ayam nak kena goreng dulu. Sama jugaklah kalau masak Ayam Masak Merah, kena jugak goreng dulu ayamnya.


Iman pun cakap, asyik lauk kegemaran babah jer. Iman kata, nak Asam Pedas Ayam. Agaknya bukanlah nak sangat Ayam Sambal tu, Pak Inche kata, okay, tapi syaratnya mesti ada Ayam Goyeng jugak. Haaa.. senang keroje laaa masak Asam Pedas Ayam ni. Cili bawang semua dah siap giling kan (baca - kisar). Terus laaa.. campak.. campak... siappp! Dengan lada hitam pun Sk campak sebiji-sebiji sebab malas nak tumbuk 🤭


Nahhh.. nak sangat ayam goyeng 😤
Memang kalau di rumah mertua Sk, setiap kali makan nasi berlauk, wajib ada masakan bergoreng ni, sama ada ikan goreng atau ayam goreng. Kalau dalam family Sk, memang makan apa yang ada dalam gulai ajelah. Paling-paling ada telur goreng jer. Ikan goreng tu kalau ibu masak lemak sayur atau sayur bening. Kalau ibu masak gulai, kari atau asam pedas, tak ada ikan atau ayam goreng ni, makan yang dalam gulai tu aje laaa.


Kebetulan aje ada stok sayur pakchoy ni, beli kat econsave minggu lepas. Masih elok lagi sayurnya, jadi Sk goreng sos tiram aje la.. itu jer la cara masakan yang Pak Inche suka kalau masak sayur. Janganlah nak masak lemak ke apa, nanti dia tak makan. Tak makan tak apa, nak merajuk-rajuk tu yang aku menyampah nak layan..

😜😜😜😜😜


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Orang Melaka belah kampung panggil asam pedas tu masak asam. Baru semalam makan lempeng cicah masak asam ayam..

    ReplyDelete
  2. Bubuh lada hitam sebijik-sebijik tu dah gaya omputih masak stew daging. Agaknya lada hitam yang dah kembang tu boleh kot dikunyah time makan.

    ReplyDelete
  3. Asam pedas semalam lagi la sedap..kuah dia makin sebati...lempeng mana lempeng???..hihihi

    ReplyDelete
  4. Asam pedas yang semalam selalunya lagi ummpphh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!