Assalamualaikum...
HARI yang produktif.. pagi-pagi dah sarap roti canai. Lepas tu terus ngadap laptop buat kerja pejabat. Pukul 12.30 ke dapur, panaskan nasi dan lauk Sambal Sotong lebih masak semalam. Ngadap laptop balik. Ni baru lepas makan berulamkan petai 😆 Macam tadi, sarapan seorang, makan tengahari pun seorang sebab Iman tak nak makan. Dia nak fokus dengan sesi peperiksaan dalam talian pukul 2 petang nanti. Lagipun pukul 10 tadi baru makan sandwich telur, perut masih kenyang, takut makan banyak nanti nak periksa sakit perut pulak ðŸ¤
Sotong segar baru keluar dari perut laut. Masih pink-pink lagi kulitnya masa Sk nak membersihkannya. Sayang pulak nak masukkan dalam freezer. Di sebabkan belum ada perancangan untuk memasak apa-apa, Sk terus cadangkan agar ia dimasak sambal tumis, tak payah simpan atau defrost lauk lain. Sotongnya pun Sk tak potong bulat macam selalu sebaliknya dimasukkan terus seekor-seekor ke dalam sambal.
Makan pukul 2.30 petang, semasa BDR tanpa rasa bersalah ek. Aduh, kerja dari rumah, pandai-pandailah menyesuaikan masa. Janji semua kerja pejabat sudah dibereskan dan apa yang bos minta cepat-cepat diserahkan jangan buat tak tahu saja memandangkan bos tak nampak muka kita 😅 Penat jugak kerja dari rumah ni berlari ke bilik, ke dapur, ke bilik, ke dapur. Ke dapur tu cari apa benda yang boleh dicuci mulut ni haaa.. 😜😜😜
Sebab lauknya cuma Sambal Sotong, Pak Inche minta gorengkan telur mata bubuh kicap. Benda senang kan, kita buat saje la. Lepas makan laju-laju ngadap laptop tapi apapun tak boleh sebab nampaknya ia masih meragam. Terpaksalah update laporan cara manual. Sakit kepala dibuatnya, oh sebenarnya bukan kepala yang sakit, tapi hati.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
|
Nasi Sambal Sotong Ulam Petai |
Pak Inche kata, gunalah laptop merah. Haa.. laptop merah tu asalnya kawan PI menang lucky draw. Sebab dia tak nak laptop tu, dia ajak Pak Inche tukar dengan tv yang Pak Inche menang dalam satu majlis lain yang pernah Sk cerita sebelum ni. Memang tak pakai la laptop tu.. hurmmm.. nasib baik jugaklaaa.. Bolehlah update balik apa yang tak siap semalam 🤩
Petai..petai...sajer jer yer petai tu...ganti timun ke..hihihi..
ReplyDeleteNampak merah cantik sambal tumis SK
Sungguh menyelarakan lauk sambal sotong tu..
ReplyDeleteKita plak sejak dah repair ipad kita, duk sakan pegang ipad je kak, tapi main game hahahaha.. tu yg siapkan autopost blog, then lepak gan ipad hehehe
Telur mata bubuh kicap tu kalau saya yang makan, tak sempat nak habiskan nasi sebab ratah telurnya dulu!
ReplyDeletewow!! kecurnya.. Salam SK, cikda tgh menjejak kasih kawn lama.. hahahha aduiii best la dapat jengah sini.
ReplyDeleteSempoi.. bagi saya, sambal dan telur mata dengan kicap merupakan gabungan yang mantap
ReplyDeleteSA tertarik telur mata bubuh kicap tu..alamak..sexynyaaa...
ReplyDeleteUishhh mengancam telur mata kicap Sk tuuuu, nak nak telur kuning tuuuu.
ReplyDeleteSedap tu kak, sambal sotong <3
ReplyDelete