Assalamualaikum...
RASANYA letih dua kali ganda bila bekerja dari rumah ni. Letih berfikir sebenarnya lebih-lebih lagi bila apa yang kita perlukan tak ada depan mata. Dokumen tak cukup, printer tak ada. Kalau pun ada printer Iman, kena pulak setting dengan pc yang kita guna. Ah.. pening-pening.
Pagi ni pulak, laptop buat hal. Bila kita taip jer, semua hilang. Tiba-tiba dia masuk kat tempat lain membuatkan kita makin pening. Masa nilah kalau boleh rasa nak terbang ke pejabat. Tataplah muka bos yang banyak cakap tu pun tak apa. Asalkan senang nak menyiapkan kerja.
😅
Selepas setahun Iman balik, setahun jugak sebenarnya dah beli pes laksa Haji Manan ni, barulah kelmarin terrealisasi Laksa Sarawak ni. Padahal bukannya susah pun nak buat sebab dah ada pes. Aksesorinya pun setakat bihun, udang dan ayam tapi dia punya malas tu, hurmmm.
Puas makan LS dari dapur sendiri. Kalau saya jumpa semangkuk LS, memang kutip udangnya dulu lepas tu hirup kuahnya slurrrppp...slluuurrrpppp!
ReplyDeleteSama pulak entri kita kak... hahaha.. psl laksa sarawak
ReplyDeleteEh,kita buat LJ dia lagi up buat LS pulakkkk...Yang ni sy ngaku kalah...hehehe
ReplyDeletewah dah ade pes senang la sket keje penyediaan dia kan.. ha tula ..keje dr rumah banyak cabaran..doc tak cukup betul tu, rasa geram je nk g opis
ReplyDeletePernah sekali makan laksa sarawak . Itu pun time CCL pergi sarawak . Sedap juga
ReplyDeleteWow.. dah buat ek.. sy plak teringin.. Lama jugak tak merasa.. fuh!
ReplyDelete