Assalamualaikum...
SEMUA orang tahu mulai hari ini, 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021, seluruh penduduk di Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan sekali lagi. Dengan demikian, jadual bertugas di pejabat Sk juga tidak terpakai lagi dan seluruh warga kerja sama ada bahagian pentadbiran, akademik dan kemahiran diarahkan bekerja dari rumah. Sejujurnya, Sk tak terasa pun hari ini hari pertama PKP yang entah ke berapa fasanya. Mungkin sebab sejak sebelum raya cuma beberapa kali jer masuk pejabat, sampai hari apa pun dah tak ingat 😂
Pagi, selepas Pak Inche ke pejabat (dia ada surat pelepasan) benda pertama yang Sk buat adalah panaskan baki nasi lemak. Memang ngam-ngam dua pinggan. Sementara tu, kain berpusing dalam mesin. Iman dah duduk depan laptop tunggu pensyarah masuk kelas online. Siap bancuh kopi masuk dalam travel mug Sk hulur dalam bilik. Nasi lemak ceduk masuk tupperware, suruh dia makan jer sambil kelas. Kalau Sk tak ada, jangan haraplah dia nak sarapan. Sanggup lapar sampai tengahari. Lepas sarapan, Sk terus masuk bilik, siapkan pulak bahan-bahan kita untuk BDR 😍
Lauk nan satu itulah yang membuatkan makanan yang dijamah terasa sangat sedap!
ReplyDeleteitu pun dah mengancam dah sis
ReplyDeleteWkmsalam
ReplyDeleteBagus tak membazir.
Asam pedas diulang panas sedap oiii...rasa dah sebati.Cincah lempeng pun syiok ni
ReplyDeleteBagus, habiskan apa yang ada jer... jimat gitu.. huhu...
ReplyDeleteBetul2 jimat ni hehehe..
ReplyDeletebetul tu. saya pun biasa buat mcm ni... lebih baik habiskan dripada buang membazir.
ReplyDeleteJimat cermat amalan mulia hehehe
ReplyDelete