LAKSA JOHOR AIR TANGAN EMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...

SAYA ada menjual laksa johor sedap..😋😋😋 air tangan emak sy.. jom try 1-2 bekas..inn syaa allah sedap...

Iklan makanan yang lalu dalam wall fb Sk sebelum Sk order 4Fingers. Minggu lepas, Sk terlambat baca iklan tersebut. Masa Sk whatsapp, jualannya dah habis. Sk cuba nasib, manalah tahu ada rezeki. Alhamdulillah, masih dibuka untuk pesanan tapi penghantarannya jam 3 petang. Itu yang terpaksa order 4Fingers dulu 😆


Tepat pukul 3, ada motor berhenti depan rumah. Wah, cepat betul sampainya. Dàh banyak kali order food delivery, sampai lapar teruk menunggu tak sampai-sampai. Hari tu, ada penduduk mengadu dalam grup taman, order makanan janji nak hantar petang tapi pukul 9.30 baru sampai 😅


Laksa Johor Air Tangan Emak Dia ni mengingatkan Sk pada Laksa Johor Air Tangan Ibu Sk dan ibu-ibu saudara Sk di sebelah abah terutama Mak Andak. Selalu kalau ada majlis keraian di rumah Mak Andak, pasti dihidangkan Laksa Johor. Sayangnya kini kami tidak lagi dapat menikmati LJ air tangan Mak Andak apabila beliau kini terlantar ibarat bayi sejak beberapa tahun lepas.


Gaul dulu sebelum makan. Orang Johor makan LJ guna tangan tapi Sk guna sudu dan garfu. Tak puas kalau tak dapat menyudu kuah laksa ke mulut. Sk makan sate pun suka keluarkan dulu dagingnya dari lidi dan sudukan ke dalam mulut bersama kuah kacang, baru puas 😂


Memang betul-betul sedap air tangan emak dia ni tak puas rasanya makan sepinggan. Tak apa, nanti malam kita ngendeng Pak Inche punya.. laksa laaaaa.. 🤣🤣🤣


Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laksa JDT memang terbaek
    Wak pun suka.

    ReplyDelete
  2. Amboi sampai licin pinggan. Sedap sangat tu.. ^^

    ReplyDelete
  3. Laaaa....ingatkan SK yang .asak...baru nak usha resipi...hihihi

    ReplyDelete
  4. Perghh sikit punya sedap tu smp licin pinggan nya hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap. Tapi tu lah, pernah cuba nak makan, tapi tekak tak boleh terima. Serupalah dengan laksa Utara, tak boleh telan jugak.

    ReplyDelete
  6. Sedapppppppppp sangat tuuu sampai licin pinggan nyaaa hahaha

    ReplyDelete
  7. perghhh licin... sedap sgtlah tu.. tp rupa pun mmg menyelerakan.. naik jer kaler sambal dan kuah... cara kita mkn sate samalah kak... kena ada sudu nk hirup sekali kuah kacang tu... hehehe

    ReplyDelete
  8. Lupa dah rasa LJ sebab dah terlalu lama tak makan. Akhir-akhir ni asyik tengok tayangan LJ di mana-mana, nanti tak pasal-pasal munculpula sepinggang LJ dari LD hihihihiii!

    ReplyDelete
  9. Okey..ayat last biat kita gelak...well sedap nampak Laksa Johor tu ha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!