Assalamualaikum wbt
HARI tu, dua beranak ni kata, dah tak ada stok ayam dalam peti sejuk. Lepas tu, nak pergilah beli ayam di Lotus, lepas balik dari Kuala Ketil, tu kan. Tak ada ayam ya di Lotus. Sk dengar-dengar (tengok di socmed), ayam habis di pasaran. Menakutkan sungguh, dahla ada khabar angin akan berlaku krisis makanan.
Kemudian, kemas-kemas peti ais, jumpalah ayam dalam bekas. Tak pastilah bila punya beli, sebab Pak Inche kan memang kadang pagi ahad suka keluar cari stok bahan mentah. Suruh Iman rendam awal-awal, buat-buat tanyalah dengan Pak Inche, nak diapakan ayam tu? Seperti dijangka, Ayam Sambal la jawapannya.
Siap dah Ayam Sambal atau Ayam Masak Cabai. Dulu kegemaran Pak Inche aje, sekarang dah menjadi kegemaran anak-beranak. Punyalah pesan dengan Iman, sendukkan bonda nasi sikit aje tau.. tapi akhirnya terpaksa menambah nasi sebab kejadian sambal yang sedap sangat. Haaaaaaa... matilanakkkk.. sendiri masak sendiri puji.
Ayam Sambal
Bahan-bahan :
Beberapa ketul potongan ayam, diperap garam dan kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 batang serai (diketuk)
1/2" halia (pecahkan)
2 senduk pes cili kering dan bawang
2 sudu gula
Garam secukup rasa
2 sudu cuka masakan
Cara-cara :
1. Goreng ayam sehingga tiga perempat masak, angkat dan ketepikan ayamnya.
2. Kurangkan minyak gorengan, masukkan serai, halia dan pes cili dan bawang. Tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula dan cuka, kacau sekejap.
4. Masukkan ayam, renihkan ayam bersama sambal sehingga ayam cukup masak.. siap!
12 Comments
aritu masak menu ni time berbuka puasa syawal..yum2222
ReplyDeleteDulu, tak suka makan menu ni, sekarang favourite kita.
DeleteYa ampunnn..ayam sambal ni memang feveret saya sejak azali..gittuuu..hahhahaa. sedapnyeee..kene carik ayam gak ni esok
ReplyDeleteKalau kat kantin, ini antara menu terlaris.
Deleteayam sambal menarik... kita suka ratah ayam camni ahahha
ReplyDeleteYang dalam rumah ni jenis tak pandai meratah, tu yg habis nasi setengah periuk, hehehe.
DeleteItulah, naik risau pula dengar pasal krisis makanan ni... macam-macam dugaan di akhir zaman ni :(
ReplyDeleteNampak pun tak sedap ni SK.. jangan malu2 nak mengaku hiks!
Kannn.. takut jugaklah. Lepas covid melumpuhkan dunia, tak mustahil krisis makanan ni benar2 terjadi nanti.
Deletengences dah nih...hehe..visually pleasing..
ReplyDeleteNgences tu kena masaklah tu, hihi.
Deleteni mmg fav family akaklah ni.. selalu je masuk dlm carta eh dlm blog... hehehe.. buat nasik lemak pulak tu.. cunnn abis
ReplyDeleteBuat plak nasi tomato...ada ayam sambal...ada acar jelatah...erm...onzzzzz
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih