HANTAR ASHAM DAN BUBU KEMBIRI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum wbt

SETELAH beberapa kali tertangguh, akhirnya, adik-adik kepada adik-beradik Nobit, berjaya juga dihantar ke Program Kesedaran Kembirikan Kucing dan Anjing Jalanan anjuran Noah's Ark Natural Animal Sanctuary di Taman Pulai Hijauan. Dia macam ni, lepas Tino beranakkan Jeton, Snake, Yummy dan Nobit, dia beranak lagi dua ekor. Tu kami tak jaga sebab konon tak nak masuk campur lagi hal Tino tu, hahaha. Tapi, Pak Inche suka bawa masuk dan sejak dorang kecik, Si Tinonya dah bunting lagi. Jadinya, kesian.. lama-lama kasih.. gitu laaa.

Iman bagi nama Asham sebab masa kecik-kecik tu, mukanya sedih jer. Badannya pun kecik aje tapi tak sangkalah pulak, makin besar makin bam bam budak ni, sama saiz dengan kakaknya Jeton.

Iman bagi nama Gebu sebab masa kecik badannya bulat tapi tak sangkalah pulak, makin besar makin kurus tinggi macam pemain bola keranjang. Panggilan manjanya, Bubu. Dua-dua ni, betina.


Selepas Tonton Filem Mat Kilau, terus balik ke rumah, ambil Asham dan Bubu yang Sk dah kurung dalam sangkar sejak jam 2 pagi. Kedua-duanya perlu di'puasa'kan sepuluh jam sebelum operasi kembiri. Tujuan puasa ni untuk mengelakkan mereka muntah apabila diberi ubat bius. Boleh beri air kosong sepanjang di'puasa'kan tu. Mujurlah klinik ni sebelah aje dengan taman perumahan Sk ni. Jadi, taklah kelam kabut nak hantar sebab dekat jer.


Disebabkan ini sebenarnya merupakan program khas untuk kucing dan anjing jalanan, kucing atau anjing yang telah dikembirikan akan di'tanda'kan bagi mengelakkan ia dikembirikan lagi sekali. Ini disebabkan mereka akan dilepaskan semula, jadi, hujung cuping telinga mereka akan dipotong sebagai tanda ia telah dikembirikan. Bagi kucing dan anjing belaan, boleh pilih 'ear tattoo' jika sayang nak kerat hujung cuping telinga tu. Boleh rujuk gambar untuk tengok harga yang dikenakan bagi kucing dan anjing serta caj untuk ear tattoo. Masih murah lagi jika dibandingkan menghantar ke klinik biasa. Macam Tino, kena RM130 sebab kami hantar klinik veterinar biasa, bukan program. Pun masih murah ya, dulu-dulu lagi mahal, agaknya sekarang dah ada kaedah yang lebih murah kosnya. Tino kami hantar klinik sebab kalau nak ikut program ni, ada tarikh tertentu, takut masa tu, Tinonya merayap. Dia kan gelandangan, hahaha. Tapi, sekarang, dah jadi kesayangan tau.


Bagus jugaklah hantar selepas tengahari, orang dah tak ramai, yang tinggal semua kucing-kucing yang sedang menunggu giliran. Di lobi ni, kucing-kucing yang baru daftar dan ada jugak kucing yang dah siap dikembirikan. Di dalam tu, berbaris kucing yang telah dibius. Geram tengok, macam anak patung, rasa nak picit jer, hahaha. 


Tiga beradik yang sudah selesai dikembirikan. Masing-masing masih dalam pengaruh minda luar sedar, hahaha. Bila kucing dah sedar, barulah staf klinik akan beritahu kita melalui telefon atau whatsapp untuk datang ambil kucing. Sebelum tu, mereka akan pantau dulu keadaan kucing kita.

 

Dua-dua ni dah buka mata tapi masih mamai lagi. Masa ni, jangan bagi makan lagi bimbang akan tercekik. Kesian jugak sebenarnya sebab tak makan dah lebih 17 jam.


Nampak dah tegak tu, baru bagi makan. Bubu ni kurang manja, harap lepas kembiri ni, manja dan gemuk sikitlah badannya. Makan banyak, tapi kurus. Metabolisme tinggi agaknya. Bak mai sikit metabolisme awak tu, Bubu.


Kecik aje doktor tebuk kat perut tu. Ada juga doktor yang tebuk dekat peha kaki belakang. Mosykil Sk, kaedah yang digunakan tu, hahaha. Tu laaa.. dulu mu tak mo jadi doktor veterinar, hahaha. Kena minta penerangan dengan Dr Rozita ni.


Hari kedua, dah bersih dijilatnya si Asham ubat-ubat yang di perut tu. Sabar ajelah. Iman kata, macam tek lembu, hahahaha.


Balik klinik tu, tak senang duduk. Ni barulah berehat. Bubunya tak tahu mana pergi, dia memang jenis suka tidur menyorok. Lepas ni plan nak bawa kucing kat office pulak. Dah dua kali bunting, sekali tu, hilang macam tu jer anaknya. Yang kali ni, enam ekor.. ada tu haaa dalam stor, nanti Sk cerita ya, hihi.


Oh, ni la bapaknya Asham. Kami panggil, Kashem Nasik Kandar, hahaha. Nak hantar kembiri, tapi kesian, takut memondan kat luar, hahaha. Suka masuk ikut tingkap sebab kami letak makanan Tino atas meja tu. Tino tak nak duduk dalam rumah ya, dia suka hidup bebas.


Lepas tu, dah penat, baru tahu... tidur tak ingat dunia, hahahahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bagus sungguh SK sekeluarga jaga kebajikan bulus 🐈🐈
    Moga semuanya sihat2 saja.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!