TINO DAH JADI KESAYANGAN

 Assalamualaikum...


INGAT lagi tak dengan Tino? Kucing gelandangan yang kami belikan Banglo Tiga Tingkat untuk anak-anaknya dan kami bawa ke klinik veterinar untuk dikembirikan. Sejak dah tak beranak-pinak lagi, Tino dah semakin manja. Dalam sebulan kebelakangan ini, dia dah pandai masuk ikut tingkap setiap malam dan tidur dengan Sk dan Pak Inche. Dah sudah, macam beranak kecik dah tidur sekarang. Padahal Iman sejak baby pun tak pernah tidur dengan mak bapak dia 🤭


Cuma tu la.. Tino tak ngam dengan Ponti dan Cik Lang. Dengan anak-anaknya pun tak ngam. Tak tahulah dia memang tak kenal dah ke dengan anak-anaknya. Tino lebih suka duduk di luar waktu siang. Bila malam, baru dia masuk sebab kami memang buka tingkap bilik waktu malam. Masa tu, memang dia dah tunggu siap-siap. Bila dah tiap malam dia masuk tu, kalau dia lambat, kita pulak tertunggu-tunggu. Dah jatug sayang agaknya.


Tu satu. Dia akan himpit kita dan minta tepuk pehanya yang  semakin bulat tu. Tino ni memang gemuk dari dulu lepas tu kerjanya beranak aje, jadi dah macam ikan buntal. Tapi sekarang dah fit badannya, tak gemuk macam dulu.. bergetah la gitu, kahhhh. Bila kita tepuk-tepuk, dia akan rebahkan kepala, manja giler. Tapi, bila datang syok dia tu, ditangkapnya tangan kita. Adoi, sampai berlubang kulit dibuatnya. 

Tino... Tino... 😍😍😍






Post a Comment

7 Comments

  1. Ooo perangai macamn Kenit.. sampai skrg Kak peneman tido atas katol dengan Lin dan abang.. lagi kalau abang takde, konker dia sekatil berguling... kalau abang ada dia selit celah kanan Lin.. lengan jadi bantak dia.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tino jadi mace tu sebab takdo jate la ter...🤣🤣🤣
    Tapi orang kata bagusnya bela kucing sebab kucing menyerap iron negatif yg ada pada isi rumah...Masha Allahh

    ReplyDelete
  3. hensemnya awk tino.. rupanya betina ye.. hahaha... lain kali nk posing tu pose ayu sket ye kak tino.. haha

    ReplyDelete
  4. Ee eehhh eeehhh Tino.....kemain lagi posingnya tu. Siap dengan gaya matanya nan menggodalah tu konon ye.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih