Assalamualaikum wbt
CUTI sempena Maulid hari ini dimanafaatkan sepenuhnya. Pagi-pagi ke Pasar Tani, tambah lagi beli seluar slack untuk Iman. Tengok tentatif program minggu orientasi dari esok hingga Jumaat, penuh acara dari pagi hingga malam. Takkanlah nak pakai pakaian yang sama sampai busyuk masham, kan. Siapa kata dekat-dekat tak payah bawa banyak baju dan barang? Kalau ulang-alik tak apa, ni seminggu tak boleh balik langsung, dari pagi sampai malam ada program.
Tengahari, pergi Mr DIY pulak. Rasanya, sepanjang dua minggu ni, dah tiga empat kali menjala di sini. Ada jer yang nak dicari dan dibeli. Belanja jugak dia iron board sekeping sebab yang beli masa nak masuk poli dulu, dah tak boleh berdiri kakinya. Padahal kita dulu elok aje bentang kain batik atas lantai nak gosok baju 😂
Uitt...esok dak Iman daftar UTM ek...
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan..dilancarkan rezeki...diberkati Allah..🤲🤲🤲
InsyaAllah, Amiiiinn YRA. Terima kasih Mak Ngah tak pernah putus doa untuk Iman.
DeletePagi tadi berarak Maulidur Rasul. Awalnya hujan, tapi masa dah berkumpul di tengah padang, hujan rintik-rintik saja. Masa perarakan, hujan pun berhenti
ReplyDeleteAlhamdulillah, dipermudahkan urusan perarakan majlisnya. Majlis kolej sy hujung bulan ni.
DeleteHei mambang rajin rupanya lepak di Tanah Jauhar! Patutlah lemau jew orang LD hari ni tak mau ke dapur. Tapi nyongket sepanjang hari huhihooiii!
ReplyDeleteNyongket tu kena guna mambang jugak, Kak Amie. Yg tak guna mambang kalau nak jadik tapak sulaiman, hahahaha.
DeleteSibuk-sibukpun sempat masak.
ReplyDeleteBila nak sampai harinya memang makin sibuk. Ada je barang tertinggal nak membeli ye. Biasalah tu kadang lupa apa nak beli. Tudiaa bila mambang rajin datang, 3 lauk sekali masak.
ReplyDelete