Assalamualaikum wbt
SEMALAM petang, sebelum goreng ayam untuk masak kicap, Sk masukkan kain baju dalam mesin pengering. Bajunya dicuci dalam mesin sebelum keluar ke pejabat. Jadi, bila sampai rumah, tinggal keluarkan terus untuk dikeringkan.
Sambil goreng ayam, Sk vakum dan kemas rumah. Risau jugak sebenarnya takut terlupa sedang goreng ayam. Mujurlah rumah Sk ni setingkat dan lurus aje sampai belakang. Taklah kena naik turun tangga. Tapi, kena beringat juga sebab dulu pernah, didihkan air atas dapur nak buat telur separuh masak. Kemudian angkat keluar kain dari mesin nak jemur kat luar (masa tu belum ada dryer), dan entah apa-apa lagi dibuat. Masa lalu balik ke dapur, baru perasan api dapur menyala. Ya Allah, berderau darah, baru teringat ada didihkan air. Jenguk periuk, dah kering. Mujurrrrrr.....
Eh... Lupa.. nak cerita pasal Sambal Tumis Udang sebenarnya, hahaha.
Memang ngam padanan dia. Masak kicap ngan sambal udang. Mau bertambah² tuuu.
ReplyDeleteSyukur... :)
ReplyDeleteSedap nampak sambal !
Selagi namanya emak kan...
ReplyDeleteApa saja dimakan teringat anaknya..
Saya tak ingat ustaz mana yg pernah bg kuliah..
Katanya kita dilarang makan dengan pelahap..Tapi kalau emak yang sudah tua masak dan hidang untuk kita makan..makan lah dengan pelahap kerana itu akan mengembirakan hati seorang ibu..
Walllahu'alam..
Mana boleh lawan air tangan ibu
ReplyDeleteBegitulah mak mak kan. Kalau boleh apa makanan anak menantu cucu semua nak dimasak dihidang ditapau. Daya tak daya belakang cerita. Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak :)
ReplyDeleteSayang ibu, kan SK.
ReplyDeleteMemang betul, orang yang dah biasa buat kerja akan rasa sakit kalau asyik duduk berehat sahaja.
Tu pasal emak kita, dilarang buat kerja nak juga jual pisang keladilah depan rumah (ada gerai), nak tanam ubilah. Katanya kalau tak buat kerja, badannya sakit-sakit.
SA pun buat sambal tumis Rabu lepas...ada campur petai la..Mak Pah request
ReplyDelete