BERSEPULUH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

ADA komen kat post fb Sk semalam, "berdua kembali nampaknya..." 

Tak jugak berdua, bersepuluh sebenarnya 😂. Ada Cik Lang, Orbit, Jeton, Snake, Yummy, Asham, Bubu dan Si Tino. Jadi, taklah sunyi cuma macam hilang sebelah tangan sebab selalu Iman yang kemas meja dan cuci pinggan. Iman cuci dan keringkan kain. Iman vacum, Iman buang sampah. Lepas ni, sampai rumah kena buka pagar sendiri. 


Anaknya daftar dekat aje tapi kemahen mak pak ambil cuti dua hari. Pagi ni, Sk buat sarapan stail omputeh. Walaupun nampak senang tapi senang lagi masak nasi goreng kot, hihihi. Kain baju pun tengah berpusing dalam dryer, comforter dah sidai atas pagar. Hari tu, Si Tino boleh pulak tangkap Che Ct letak atas comforter yang baru Sk bentang atas katil. Dahlah cuaca tak panas nak cuci balik comforternya. Bila hari panas, tak ada rumah pulak. Semoga hari ini panaslah sampai ke petang, Amiiinnn.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Walau pun daftar dekat, nak juga merasa mendaftarkan anak kan SK.
    Sekarang ada dua pasang merpati sejoli heheheeee..... sepasang di LD, sepasang di JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik Kak Amie tak sebut merpati tua 😆😆😆

      Delete
  2. Saya setuju...nak masak american breakfast lagi bercinta berbanding masak nasi goreng yang nasinya dikumpul seminggu🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, macam dah lama tak masak nasi goreng pulak sebab tak sempat kumpul nasi.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!