Assalamualaikum wbt
Sabtu lepas, India muncul juara Kejohanan Bawah 21 (B-21) Piala Sultan Johor edisi ke-10 selepas menewaskan Australia 5-4 menerusi penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi sebenar final di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru (sumber). Disebabkan dah tahu Sabtu tu final hoki dan Pak Inche akan keluar awal, jadi, pagi-pagi Sk dah merendam daging. Memang tak tanya dah pendapat Pak Inche, nak makan apa tengahari, masakkan aje Kari Daging dan dan Daging Kicap kegemaran dia. Untuk sarapan, Sk panggang sosej, buat telur hancur dan panaskan kacang pea dalam tin, makan dengan roti, malas pulak nak ambil gambar masa tu, hahaha.
Lengkap Kari Daging Sk dengan kentang dan tomato, taklah togel macam selalu. Maklumlah, mambang terbang jauh dari Lahad Datu. Orang di sanun, asyik jalan-jalan cari makan, jadi mambangnya pun bosan, hinggaplah dua tiga hari di Tanah Jauhar. Esok lusa, terbang semula la tu ke sanun. Maka, orang di sini, terpaksalah cari kedai makan ataupun singgah ke pasar malam, hahaha.
Ada kari kambing, ada kicap kambing...eh, kambing masak kicap. Dua-dua saya suka! Lagilah kalau dihiris nipis, cepat jew kunyah, telan!
ReplyDeleteTu daging lembu Kak Amie. Penat sangat jalan2 cari makan ni nampaknya 🤭
DeleteHamboi menantu mami kalau masak gulai kari memang pakej daging kicap ya..
ReplyDeleteNalla punya kalau goi sampai banjir ala nasi kandaq
Nak bagi anak mami senyum, banjir baru surrrr 🤣
DeleteMambang boleh terbang sana sinun. hehe...Berseri sikit kari ada tomato dan kentang. Tapi yang togel pun sedap dah. Sesekali manis bersemut why not kan.
ReplyDelete