LEMPENG CAIR SAMBAL TUMIS BILIS PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum wbt

PUNYALAH tak ada apa nak buat hari ni ek, sekali tiga entri dia bagi 😆


Memang nampak aje Sambal Tumis Ikan Bilis Petai dalam periuk kat rumah Angah petang semalam, Sk terus terbayang lempeng. Teringat hari tu dah terliur nampak Blogger Azhafizah buat lempeng, heheh. Terus cakap dengan ibu, Sk nak sambal tu. Ibu sukalah, teus masukkan dalam bekas.


Buat lempeng cair tapi masak bagi garing. Lepas Pak Inche pergi kerja, terus bancuh tepung gandum dengan air dan biarkan setengah jam supaya tepungnya mengembang seperti petua Mak Ngah ajar. Kalau dulu-dulu, lepas bancuh terus jer dadar dalam kuali, itulah beza orang memasak dengan ilmu, kan. Terima kasih Mak Ngah banyak kongsi tips masakan dengan pembaca.

Sementara tunggu tepung mengembang tu la tadi blog entri Ayam Masak Kicap, hehehe. Lepas setengah jam barulah Sk masukkan garam dan telur, tu bukan tips Mak Ngah ajar, tadi tu nak cepat, jadi cuma bancuh tepung dengan air semata, hahaha. 

Adunan lempeng kita dadar nipis dan sengaja masak lama sikit di kedua belah bahagian agar garing. Walaupun garing tetap lembut sebab bancuh cair. Sk cuma buat secawan tepung bancuh dengan 1 1/2 cawan air, sebiji telur dan garam, tu pun dapat lapan keping, empat keping makan pagi dengan Sambal Bilis dan empat keping lagi makan tengahari dengan Sambal Udang pulak.

Hurmmm.. betullah, bila dah tinggal sorang-sorang ni, nak masak nasi tengahari pun malas, hahahaha.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang meracun jiwa raga entry nan satu ni hihi .. hujan2 ni memang dok bayang lempeng dgn kopi O je :)

    ReplyDelete
  2. mak sy pun suka buat lempeng dadar nipis mcm ni! hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya lempeng hehehe. Btw VM singgah follow sini =D

    ReplyDelete
  4. Antara makanan kegemaran saya ni .

    ReplyDelete
  5. Patutlah tersedak, rupanya ada orang menyebut. Hehe..saya pulak terliur tengok lempeng akak ni. Sedap juga jenis cair garing ni. Ohh macam tu petuanya. Bolehlah cuba nanti. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Hari tu nak buat lempeng cair style Mak Ngah tak jadi pulak! Bolehnya tepung tak sampai secawan nak bancuh jadi adunan, dapat berapa kepinglah lempengnya hihiiii. Kenapalah belanja dapur ari tu Encik Suami tak beli tepung. Ha, kan sekarang dah ngidam nak makan lempeng.

    ReplyDelete
  7. Rasa nak suruh Pak Zain buatkan la lempeng...Pak Zain buat lempeng sedap...hehehehe

    ReplyDelete
  8. Ehem..ehem..
    Nak tersedak jugak lah..🤣
    Rasa nak melempeng garing macam ni jugak lah..
    Bahaya betul pengaruh rakan tak sebaya ni🤭

    ReplyDelete
  9. saya mula-mula terpengaruh dengan lempeng cair dalam blog ni la lempeng cair bersantan hehee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!