MAKAN TENGAHARI DI WARUNG BOYAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum wbt

SEJAK tengahari semalam, Iman dah balik dari asrama. Pagi, cuma masuk 50 minit kuliah secara dalam talian. Kemudian, dah habis kuliah. Tugasan belum ada lagi. Jadual kuliah Iman, seciput sana, seciput sini. Tapi, tertakluk pada perubahan la. Mungkin akan datang ada penambahan.


Sempena perayaan Deepavali Isnin depan, kelas pada hari ahad, juga  diadakan secara dalam talian. Ramai pelajar yang mengambil kesempatan pulang ke pangkuan keluarga walaupun cutinya hanya sehari pada isnin. Tapi, campur Jumaat, Sabtu, dapatlah emoat hari. Pensyarah pun faham, tu agaknya tak buat kelas bersemuka. Semalam, Iman minta hantarkan seorang kawannya ke Larkin Sentral yang hendak pulang ke Jengka, Pahang. Kemudian kami ke Warung Boyan untuk makan tengahari. Macam biasalah jika ke sini, Iman makan Nasi Ayam Penyet.


Berkilat muka lepas minggu orientasi dan kadang berjemur semasa menunggu bas. Boleh nampak belang kat dahi dan pipi bila buka tudung, hahaha. Bertabah ajelah Iman. Tu nasiblah muka tak berjerawat macam Sk dulu. Sk punya jerawat dulu.. yassalammmm. Tu takpa, mulut orang macam longkang kan, kalau nampak orang jerawat, mulalah tuduh kita kuat berangan, mitos!


Nasi Rawon untuk maknya. Merah muka makan, hahaha. Apa ketidaknya, sup tu panas berempah campur dengan sambal yang pedas berdesing tu... tapi, sedapppp. Sambal nasi ayam penyet Iman pun sedap la semalam. Minta sambal lebih pun tak lokek la dia nak bagi. Suka makan kat sini tapi masalahnya depan tu sekolah, jadi faham-faham sajo laaa.. nak parking susah.


Tepek menu dan senarai harga makanan kat sini. Bolehlah bandingkan dengan harg sebelum ni atau akan datang sama ada, ada kenaikan atau tidak. Tanya Iman, nak sate tak, dia kata tak nak. Makan nasi ayam penyet pun dah kenyang banget, mana nak sumbat sate kan.. fuhhhhh.. selamattttt.. hahahaha.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. yeay budak U dah balik..kan untung duduk sepelaung ni

    ReplyDelete
  2. Sekarang senang boleh buat kelas secara talian.
    Suka sambal yang pedas.

    ReplyDelete
  3. Cuti lama jangan dilepaskan. Seronoklah Iman dapat balik rumah. Cik J tu zaman study memang dasyat. huhu..geram juga dengan mulut takde insuran. Makan sup panas tambah sambal lagi, menjejes peluh makan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!