SEPAHTU REUNION LIVE TOUR DI JOHOR TEMPA SEJARAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum wbt

SELEPAS hampir sedekad bergiat aktif dalam mempersembahkan sketsa dan jenaka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live di saluran Astro Warna, Jumaat lalu, buat julung kalinya, mereka menempa sejarahnya tersendiri apabila membuat persembahan di hadapan 4000 penonton di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor.

Sepahtu yang dianggotai Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus  menjelajah tiga buah negeri untuk Sepahtu Reunion Live TOUR  namun malam kelmarin kelibat Ebby Yus tidak kelihatan  kerana mempunyai urusan lain. 

Intipati setiap sketsa yang sarat dengan pengajaran tentang isu-isu semasa secara lakonan spontan mereka berjaya menarik perhatian ramai penonton dan penjelajahan ini diadakan sebagai penghargaan terhadap sokongan penonton rancangan ini.  

Penjelajahan yang merangkumi enam persembahan ini diadakan di tiga buah negeri. Lokasi pertama dilakukan di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober. Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan disambung di Gong Badak, Terengganu pada 28 Oktober dan 4 November dan akan berakhir di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah pada 11 dan 18 November depan.


Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di setiap lokasi dan  persembahan mereka juga akan dipaparkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. 






Para peminat di setiap negeri yang ingin menonton SEPAHTU secara LIVE boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga RM50 (Zone 1), RM40 (Zone 2), RM30 (Zone 3) dan RM20 (UPPER Tier).


Eksklusif untuk para pelanggan Astro, anda boleh memenangi lima tiket dengan menjawab tiga soalan yang mudah di laman sesawang Astro Rewards iaitu https://rewards.astro.com.my/bm/details/sepahtu.


Bukan sahaja Sepahtu Reunion Live menempa sejarah ya, Sk sendiri mencatat sejarah peribadi apabila buat pertama kalinya melihat persembahan Sepahtu Reunion Live secara langsung. Sk duduk sebaris bersama Sunah, Sis Lin dan Nonasani. Tapi masa gambar ni diambil, Nona belum sampai lagi, hihi. Terima kasih kepada Bahagian Komunikasi Astro kerana sudi mempelawa Sk menyaksikan persembahan Sepahtu Reunion Live Tour ini. Oh, Sk tentulah datang bersama Pak Inche.


Berbeza ya menonton di tv dengan di studio atau stadium ni. Set dalam persembahan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ruang tamu, wad pesakit dan lobi hospital. Jadi, kami di stadium ni dapat tengok ketiga-tiga set ni sekaligus kena fokus la, set yang digunakan dalam setiap babak. Boleh juga tengok skrin yang diletakkan dalam stadium yang memaparkan apa yang disaksikan penonton di rumah.


Individu terpaling penting dalam persembahan Sepahtu Reunion Live Tour ini tentunya Floor Manager. Sebelum persembahan, penonton akan diberi taklimat tentang persembahan. Haaaa.. jangan tak tahu, FM ni yang menggunakan nama fatah_sikumbang di akaun Tik Tok, lagi kelakar dari Jep tau.. hahaha.
(Saja ngampu untung-untung dapat jemputan lagi 🤣)



Masih mengekalkan konsep asal yang berbentuk sitkom komedi, penjelajahan pertama membawakan tajuk 'Demi Sebuah Kemaafan' mengisahkan tentang Haris (Jep) dan Iqbal (Rahim) yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital. Satu malam, Haris dengan tidak sengaja telah melanggar Pak Saleh (Pak Ya) dan melarikan diri selepas kemalangan tersebut kerana kurang pasti tentang objek yang dilanggarnya.


Dialog spontan Sarjan Ramli (Man Raja Lawak) yang menjalankan soal siasat mengaitkan kemalangan Pak Ya dengan kesalahan yang mungkin dilakukan terhadap penduduk Pasir Gudang membuat stadium riuh-rendah.


Nak jadi pelawak, jiwa harus kental walaupun kena 'body shaming' 


Akibat kemalangan tersebut, Pak Saleh mengalami komplikasi buah pinggang. Eh, nak mencelah sikit. Sk pernah interview Pak Ya ni semasa menjadi 'stringer' (wartawan sambilan) Berita Harian/Harian Metro lebih doploh tahun lepas semasa Pak Ya menjadi anggota kumpulan lawak Senario. Masa tu, Pak Ya muda lagi, hahaha. Sk tentulah dua kali muda, hehehe.



Haris yang menyedari, dia telah melanggar Pak Saleh, rasa bersalah mengambil keputusan mendermakan sebelah buah pinggang kepada Pak Saleh tetapi merahsiakan bahawa dia individu yang melanggar Pak Saleh. 



Sofia (Erra Fazira), anak Pak Saleh merasa terhutang budi dan dalam masa yang sama kedua-duanya jatuh hati antara satu sama lain.


Walaubagaimanapun, rahsia Haris dibongkar oleh Iqbal yang cemburu melihat kemesraaan Haris dan Sofia. 





Sofia yang merasa tertipu mengambil tindakan membuat laporan polis sehingga Haris tertangkap. Namun, kerana tidak sampai hati, Sofia menarik semula laporan polis tersebut dan Haris akhirnya dibebaskan.


Erra Fazira dan Man Raja Lawak mungkin tidak asing lagi apabila sering menjadi artis jemputan Sepahtu Reunion Live namun kemunculan komposer, penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk M Nasir sebagai 'cameo' pastinya amat berbaloi bagi penonton yang datang melihat persembahan di stadium, malam tadi. 



Sebagai bonus, penonton di stadium bersorak riang apabila Datuk M Nasir menghiburkan penonton dengan lagu Apokalips. Lebih mengujakan apabila penonton diajak bersama menyanyi bersama beliau. Terasa macam berada di Konsert Datuk M Nasir pulak, hahahaha.

Terima kasih, Astro!

❤️

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mula baca...
    Ish...skema semacam la SK .. gaya penulisan macam wartawan..Bila baca sampai habis..
    Ok..memang wartawan...🤭👍👍👍

    ReplyDelete
  2. Sejarah masuk tibi pak inche hahaha igt smp bebila tu😜

    ReplyDelete
  3. alahai bestnya..utk 21hb ni saya ada belikan 3 seat untuk suami dan anak anak, saya tak minat sepahtu. tengok gitu gitu je bolehla...tapi suami dan anak..tengok ulang ulang pun boleh gelak lagi. siap hapal dialog dan pickup line.

    ReplyDelete
  4. Meriah dengan sorakan penonton kan.. sampai cucu pun terhibur sama hahahaha..

    ReplyDelete
  5. Saya sukaaaa.. Ya lah, part M Nasir tu pun meriahhhh jugak... Patutnya beli lagi tiket tuk hari semalam.... Hahahaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!