UDANG SAMBAL YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum wbt

SEJUK Tanah Jauhar pagi ini. Petang semalam hujan, pagi ini pun hujan. Dia punya sejuk tu, sampai lupa nak tekan suis kipas.. hehehe. Tapi tu la, bila sejuk, mata pun ikut kuyu. Terbayang enaknya kalau dapat menelentang macam tapak sulaiman, hahaha.


Masak Udang Sambal hari ahad. Masak tu sebab Pak Inche kena pergi kerja petang tu. Jadi, yang senangnya makan di rumah la. Iman kata, jangan letak petai, dia kan tak makan petai, tapi mak bapak pulak hantu petai, haha. Tapi, Pak Inche cuma makan petai dalam Sambal Udang aje. Masakan lain ada petai, dia kuranglah nak makan. Tak kena kat tekak dia gitu

Hari tu, memang makan satu lauk aje. Nak goreng telur, telur habis. Nak goreng ayam, ayam pun tak ada. Kalau ikutkan sebenarnya nak masak Ayam Sambal, tapi masa buka peti ais, baru perasan, ayam tinggal tiga ketul bahagian daging. Itu Sk simpan konon nak buat rencah goreng-goreng mee ke apa. Nampak pulak udang sekotak, jadi, itulah lauknya. Sangat-sangat sedap pulak rasa sambal udangnya hari tu, agaknya sebab lama tak makan kot, hahaha.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sini pon manjang je ujan.. kalo xkeje harusla pepagi lps subuh tarik selimut.. kihkih..
    sy pon xmkn petai.. blh geng ngn iman..

    ReplyDelete
  2. pantai timur ni pun hujan sentiasa dah orang kwsn rendah hati dah tenang risau banjir
    besau2 udangnya tu puashati

    ReplyDelete
  3. Jadilah ada satu lauk sedap. Saya pun makan petai dalam sambal je. Makan begitu je tak lalu. huhu..Benda kalau lama tak makan memang sedap kalau dapat makan.

    ReplyDelete
  4. Menyeluruh agaknya hujan ni..
    1 lauk lebih nikmat sebenarnya kan...
    Baru la dapat menghayati..kannn🤭

    ReplyDelete
  5. Kalau satu lauk mcm ni confirm licin sekali hadap je ni hihi ..
    Sini pun hujan 1-2 hari ni; kadang pagi, kadang petang...

    ReplyDelete
  6. Sini pun hujan juga.. syejukk betholl..hahaha. sambal udang memang sedap. All time feveret kiteeee 🤭

    ReplyDelete
  7. petai masak sambal mmg layan, sedapp....best, cuaca sejuk...

    ReplyDelete
  8. Aduhai Iman. Kenapalah tolak petai. Kita sama Bonda dengan babah Iman, hantu petai!

    ReplyDelete
  9. SA plak memang suka la udang...tp tu la..SA sorang je makan..pas tu kalau buat sambal memang kena ada petai...baru sedap selera walau x makan petai tu..amik bau je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!