ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum wbt

SEBAIK sahaja mendapat tahu hari Ahad merupakan hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor, Sk terus teringat nak masak Asam Pedas Ayam kegemaran Iman, sama ada untuk dihantar ke asrama Iman atau jika Iman nak balik ke rumah. Jadi, pagi-pagi tu, teruslah rendam ayam. Cepat lembut, cepatlah masak dan cepatlah makan, tambahan pula Pak Inche perlu keluar jumpa klien. Memang tak sempatlah nak jalan-jalan walaupun hari cuti.


Bertuah punya budak, masuk rumah jer, dia cakap, bonda masaklah cepat, Yaya dah lapar, hehehe. Nasib baiklah keropok lekor sarapan pagi tu ada lagi. Suruh makan roti, tak nak. Masa makan tu, berkali-kali angkat ibu jari, sedap sangat asam pedas bonda. Ialah, hari tu, bonda masak asam pedas tercair sebab nak jimat cili kisar dan nak banyak kuah, dah cair, hahaha.


Biasa dengar orang kata, tak selera sangat kalau makan masakan sendiri, tapi Sk setakat ni, tak pernahlah tak selera, makin berselera adalah. Kadang-kadang, kalau rasa nak makan sesuatu tu, mesti nak masak sendiri kecuali masakan yang agak sukar dan banyak bahan serta renyah. 

Asam Pedas Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan :

1 senduk minyak masak untuk menumis
1" halia (dipecahkan)
1/2" lengkuas (dipecahkan)
2 batang serai diketuk
1 sudu pes asam jawa
1 keping asam gelugor
1 cawan air atau secukupnya
7 - 8 ketul ayam siap dipotong
3 - 4 helai daun limau purut
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan pes cili dan bawang kisar, tumis bersama serai, halia dan lengkuas hingga terbit minyak.

2. Tambah air sedikit demi sedikit hingga tumisan menjadi cantik berminyak, kemudian masukkan ayam. Tutup periuk (renggangkan sedikit), biar mendidih 15 minit.

3. Masukkan pes asam jawa, kacau sebentar, tambah air jika perlu.

4. Masukkan pula kiub pati ayam, daun limau purut. Tambah lagi sedikit air jika terlalu pekat.

5. Akhir sekali, masukkan lada hitam, asam gelugor dan garam secukupnya, biar merenih sebentar, kemudian tutup api. Biarkan kuah cukup mesra sebelum dihidang anggaran 30 minit hingga sejam.


Lengkapkan hidangan asam pedas dengan telur dadar.


Ayam goreng dan organ ayam goreng kegemaran Pak Inche.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. 1ayam sambal tu fav... Ni kalo dkt dh tumoang makan hahaa

    ReplyDelete
  2. Belum pernah buat versi lada hitam. Rasa makanpun belum.

    ReplyDelete
  3. menggodanya tengok asam pedas tuu
    haa dah meleleh air liur VM hihihi

    ReplyDelete
  4. saya belajar masak asam pedas pun dari blog SK...tqsm ye SK

    ReplyDelete
  5. sedapnya...nak try jg nanti, tq for the recipe..

    ReplyDelete
  6. Uih...kalau dah ada lada hitam...berpeluh makan ni...Rasanya setakat hari Ahad...siswa UTM yang paling banyak balik rumah dimenangi Iman Fatihan binti Mohd Rizar🤭

    ReplyDelete
  7. Tambah sedap tu asam pedas bubuh lada hitam! Hai anakanda kesayangan Bonda, Iman!

    ReplyDelete
  8. Aduhhh sedapnya. Meh sini semangkuk kak 🤣

    ReplyDelete
  9. kan..ammi pun kengkadang rasa masak sendiri lebih best sbb ikut taste kita sendiri nak pekat, cair, berlemak, berlemuih.

    so far asam pedas plg ngam adalah asam pedas daging suami kita masak..ahaksss..nampak tak isteri mithali sangat puji masakan suami sendiri

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!