Assalamualaikum wbt
LANGKAH kanan, masuk aje rumah Senai petang semalam, Laksa Johor siap terhidang atas meja. Belum pun mendidih kuahnya ibu perangat atas dapur, Iman dah menceduk spaghetti dan ulam-ulaman susun dalam pinggan.
Kisahnya, hari apatah tuari, Che Li dah siap merebus dan mengisar ikan untuk jualan laksam, tapi Cik Ani tak larat nak buat mee laksamnya. Jadi, ikan yang dah dikisar tu semua bawa ke Senai, Angah olah jadi Laksa Johor. Nasiblah Angah yang olah, kalau Sk yang olah, entahlah jadi apa agaknya, hahahah.
Balik kerja, Sk singgah Noni Kuih Talam. Betul-betul tinggal sebungkus set talam berharga RM10, yang lain semua pek kecik-kecik, RM4 satu pek. Nampak ada Kuba Guling pek kecik, ambillah satu pek, sedap Kuba Guling tu.
Ada jugak donut susu, pek RM5/ 10 biji dan RM10/ 20 biji. Donutnya sebesar penumbuk budak. Rasa donut tidak mengecewakan.
Yang paling penting, puas makan Laksa Johor. Sampai 6 cap/gulung ko... Nak nak.. ibu buat pulak Teh O Panas.. hahahaha.
Burppp.. Alhamdulillah.
Laksa Johor dan laksa utara tak kena dengan tekak saya. Pernah cuba makan, tapi tak boleh terima. Laksa Sarawak je saya boleh makan.. :)
ReplyDeleteTak sabar nak jejak Tanah Jauhar bulan Disember nanti. Mana tahu ada rezeki boleh jamu selera dengan laksa Johor. Rasanya Kak Amie kena pesam awal-awal minta kuah banyak bagi bajir mangkuk laksa.
ReplyDeleteAlahaiiii...sedapnyaaaa...saje je SK kan...SA tengah diet ni...
ReplyDeleteAlaaa...sedapnya..
ReplyDeleteDua hari lepas mencari LJ ni kat Warung yang jual aneka laksa dari semenanjung...takda rezeki..gerai tutup
Cedapnya! Suka, suka!
ReplyDelete