MAKAN BUBUR NASI ISTIMEWA DI RESTORAN THOUFEEQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

SYUKUR, cuti panjang sempena perayaan Deepavali ni, Sk tak terjebak dengan kesesakan di lebuhraya. Bukan pasal universiti Iman cuma sepelaung dengan rumah tapi disebabkan Pak Inche bertugas membuat liputan Piala Sultan Ibrahim di Stadium Hoki Taman Daya. Jadi, kita meronggeng di mall sajalah. Iman kata, lama tak pergi Midvalley.. hahaha.. memang lama sangat dah tak ke sana. Dulu, tiap minggu pergi, hihi.


Hari tu, lepas hantar dua orang kawan Iman yang hendak pulang ke Shah Alam ke Larkin Sentral, Iman ajak tapau Bubur Nasi Istimewa No 1. Sk suruh dia whatsapp dalam grup, kot la babahnya nak makan benda lain pulak. Pak Inche kata, nak makan tosei kat Restoran Thoufeeq, tak nak bubur. Jadi, Sk tapau bubur sebungkus jer la untuk Iman.


Pinjam mangkuk Restoran Thoufeeq. Oh, ni Iman mintak Kangkung Belacan extra. Makan bubur berlauk kat mana-mana pun tak boleh menandingi Bubur Nasi Istimewa No 1 ni. Iman dah plan nanti nak bawa kawan-kawan pergi makan kat sana. 


Sk dan Pak Inche makan tosei.  Pak Inche pulak, lepas makan tosei, minta roti canai kosong. Tu, mujur Sk beringat tak pesan Maggi Goreng atau Mee Mamak. Sedap tosei kat Thoufeeq ni cuma tu la.. malam-malam tak ada chutney kelapa. Kalau nak, sarapan pagi jer yang ada. Alaaa.. buat la untuk malam, apa salahnya kan.. kan.. kan.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sepanjang dok jb dulu tak pernah makan bubur tu hehe... Slalu klu nk makan bubur gi warung 17 je..

    ReplyDelete
  2. iman boleh la jadi tour guide kawan-kawan U jjcm di JB

    ReplyDelete
  3. Kita pun 3hari masak bubur nasi ja..anak bujang tu tonsil ..Tapi tak leh lawan bubur yang Iman tapaw tu la ..nampak sedap sungguh

    ReplyDelete
  4. Baca entri pasal bubur ni, teringat Firdaus nak makan makan bubur hari ni sebab demam, tak selera makan lain katanya.

    ReplyDelete
  5. SA kejap lagi nak masak bubur utk bebi besyor kat rumah ni...x habis2 sakit perut...x leh makan pedas dia pi makan gak pedas...degil...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!