Assalamualaikum wbt
HAMPIR jam 5 pagi, Sk terjaga apabila tersedar Si Tino tidur atas kepala. Kemahen enak ya dia 'landing' atas bantal. Kepala Sk terperesok kat celah bantal Pak Inche. Sabo aje la dengan kucing jalanan kesayangan kami ni. Tak sampai hati nak halau. Kita mungkin ada banyak ekor kucing seumur hidup kita tapi seekor kucing cuma ada kita seumur hidup dia. Selagi ada usia dan rezeki yang Allah swt beri, kita kongsi.
Dari luar tingkap, tiba-tiba terbias cahaya kilat. Mula ingatkan perasaan, eh, dia memancar-mancar lagi. Sah, nak hujan ni. Mujurlah luggage dan barang yang besar dah masuk kereta awal, malam semalam. Waktu pendaftaran bagi Kolej Kediaman Iman antara jam 8 pagi hingga 10.30 pagi. Dalam dilema sama ada nak datang awal atau lewat sebab 'aim' nak bilik tingkat bawah. Ada setengah tempat, yang datang awal dapat tingkat atas dan ada yang sebaliknya.
Kami buat keputusan daftar awal, tapi sebaik sampai persimpangan universiti yang menuju pintu masuk utama, kereta dah merangkak-rangkak dari kedua-dua arah. Begitu juga pintu masuk kedua. Ditambah dengan hujan makin la lambat pergerakan kenderaan. Kami terus ikut pintu masuk lain arah Kulai. Lega, perjalanan lancar sehinggalah kembali sesak menuju ke Dewan Perdana yang menempatkan kaunter daftar. Namun, seperti kebanyakan universiti awam lain, hanya pelajar sahaja dibenarkan ke dewan manakala ibubapa atau penjaga boleh terus menunggu di kolej kediaman sepertimana yang diberitahu dalam surat tawaran.
Kebetulan pulak ada satu petak parkir kosong di atas bukit atas dewan. Pak Inche kata, tunggu la Iman habis daftar, nanti pergi KK sama-sama. Dari dalam kereta, Sk tengok ke bawah, nampak macam ada medan selera dengan lampu yang terang-benderang. Rupa-rupanya memang ada cafeteria di sebelah dewan. Beli sebungkus nasi lemak dan satu pek lempeng sambal tumis serta dua cawan teh o panas untuk alas perut sebab ada yang kena makan ubat, kan. Tak lama, Iman beritahu dah dapat kunci bilik dan sedang menunggu van untuk ke kolej kediaman. Ajak naik kereta tak nak, tapi tetiba dia ada kat belakang, beritahu nak naik kereta sekali sebab van penuh dan dia minta izin untuk pergi sendiri ke kolej.
Yey! Dapat bilik aras bawah. Tak sia-sialah datang awal ya. Keluarga dibenarkan untuk bantu angkat barang-barang ke bilik yang berkongsi dua orang. Setiap orang dapat sebuah katil, sebuah almari dua pintu dan sebuah meja dan kerusi belajar. Disebabkan banyak masa lapang, tolonglah Iman gantung baju dalam almari dan pasang cadar. Siap semua, terus bawa Iman pergi sarapan. Tu takpa, siap balik rumah dulu ambil laptop sebab mula ingat tak nak bawa dulu. Eh, lupa nak beritahu, Iman dapat roomate orang Kedah tau, hahah. Tu takpa, rupa-rupanya sama belajar sebelum ni di Politeknik Ungku Omar tapi lain bidang dan tak pernah kenal di sana. Boleh pulak la terpilih jadi roomate di UTM ni.
Hujan dah berhenti. Jalan-jalan tengok Fakulti Iman akan belajar nanti. Dekatlah dengan kolej kediaman tapi kalau nak jalan kaki, errrr... boleh kot. Tapi, macam tak sanggup aje nak biar anak yang kita jaga macam menatang minyak yang penuh ni berjalan kaki.. hahahaha. Pak Inche kata, nanti beli basikal, hahahaha.
Setakat jam ini belum ada adegan air mata. Malam karang tak tahu lagi, hahaha.
Mak biasalah, keringkan hati. Seminggu ni memang tak boleh balik, ada orientasi sampai hari jumaat. Ingatkan sabtu boleh balik tapi macam tak boleh. Tu yang terpaksa tambah baju dan seluar sebab takut tak cukup. Semoga dipermudahkanlah urusannya nanti sebab acara pagi, petang dan malam kena berganti pakaian. Mujurlah dah ada pengalaman setahun duduk asrama politeknik.
Nanti sabtu bonda datang tau!
🤣🤣🤣
Nanti senanglah Iman nak balik kampung, ada geng Kedah hehe ..
ReplyDeleteDiorg tak pakai baju orientasi ke SK?
Ada diberi dua helai nanti rasanya. Mintak2 muat la 😆
DeleteWah, selesa bilik dia.... Untunglaaaahhh
ReplyDeleteYa, sungguh selesa. Bilik ni baru upgrade utk Sukma Johor yg tak jadi tu.
DeleteSatu politeknik sama. Boleh serasi terus walaupun lain jurusan.
ReplyDeleteMudah2an serasi bersama.
DeleteAlhamdulillah..dimudahkan urusan.Dapat roomate sekapai dengan babah.Sama2 alumni PUO.Bonda & babah boleh hantar sampai bilik.
ReplyDelete(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
Eh,sempat menyelinap balik amik laptop tu..🤭..adoii mentang la sepelaung🤭
Saya risau kalau tengah malam ada juga bonda & babah Iman tu senyap-senyap datang bawa pelari anak tunggal nan sorang tu masuk kereta..pi makan & balik tidur kat rumah..Esok pepagi senyap2 hantar balik KK..🤣🤣🤣
Hahahah.. nak bawa lari kena tunggu habis orientasi. Minggu ni tak boleh kacau 😆
DeleteTerim kasih, Mak Ngah.
SK...
ReplyDeleteSy tgh tgk Berita pukul 6 TV1..
Ada berita pendaftaran UTM..
Mlm ni pkl 6 tengok la kot ada lagi..mana tau ada Iman terselit kankat dewan tu
ish..nk ckp berita pukul 8..tulis pukul 6 lagi🙏
DeleteHehehe.. tulah, tadi terserempak gak ngan fotografer, tapi dia baru nak sarapan, Iman dah habis daftar. Mmg tak terselit la nampaknya, hihi.
DeleteAda hikmahnya datang awal dapat juga masuk dalam hantar barang. Mujur dah melempeng, kalau kita terliur tengok lempeng dengan sambal tumis tu. Untung dapat dekat, senang apa tertinggal ke nak balik ke dekat :)
ReplyDeleteLempeng kurang garing. Terkenang alangkah best kalau dapat yg garing macam Fiza buat tu.
DeleteTahniah. Selamat menimba ilmu.
ReplyDeleteTerima kasih, En Fairus
DeleteMacamana drama airmatanya SK?
ReplyDeleteTak boleh saya bayangkan sebab dah dua kali alami,dan memang banjir sebanjir-banjirnya.
Selamat menempuh alam remaja dewasa Iman. Tengok tu.... baru daftar, ibu dah berkira-kira nak datang lagi.
Takde drama airmata, tapi esoknya, bapaknya asyik tggu2 anak tak whstapp, hehe.
Delete