Assalamualaikum wbt
MUSIM nak pilihanraya ni, nampaknya Pak Inche sibuk ke sana ke sini jumpa klien. Dari pengalaman yang lepas-lepas, Pak Inche akan keluar daerah. Semalam petang, Pak Inche ke Ayer Hitam. Bila ditanya, nak makan malam di rumah atau macammana, macam susah nak buat keputusan sebab tak tahu selesai jam berapa. Kata putusnya, makan di luar, tapi belum muktamad.
Kita kenal Pak Inche bukannya baru 5 - 6 tahun. Kalau diingat-ingat, paling kurang pun dah empat kali melalui musim pilihanraya bersama Pak Inche. Kerjanya bukan sikit dan pulangnya tak pernah cepat. Daripada tertunggu-tunggu, lebih baik kita goreng mee. Jadi, sampai rumah, Sk terus keluarkan daging. Daging tu, Sk dah siap hiris. Mee tu, Sk guna mee sanggul kering, beli dengan kawan kolej, orang Baling, Kedah. Sekampung ngan Pak Inche laaaa kiranya.. hehehe.
Mee Sanggul Daging Goreng Pedas
1 bungkus mee sanggul
5 ulas bawang putih dicincang
1 mangkuk kecil daging dihiris nipis
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 pokok sawi
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih.
2. Kemudian masukkan pes cili kering & bawang, kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan daging, masak hingga daging empuk.
4. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos tomato, kacau sebati.
5. Sementara tu, rendam mee sanggul dengan air panas, bila dah lembut, toskan dan tuang sedikit minyak masak, gaul perlahan supaya tak melekat.
6. Masukkan mee sanggul dan sawi ke dalam rencah dan gaul sebati perlahan supaya mee tidak putus.
Hurmmm.. baru teringat, lupa nak pecahkan telur, hahaha.
Inilah rupa mee sanggul. Tapi, Sk lupa guna jenama yang sama seperti dalam gambar ni ke atau lain. Satu bungkus ada lima gumpal mee kering yang seakan sanggul (wanita). Tekstur selepas digoreng seakan mee lidi. Bolehlah simpan stok di rumah jika tiber rasa nak makan mee goreng atau mee bandung. Cuma celur dengan air panas sekejap untuk lembutkan dan sebungkus ni cukup untuk dua orang makan.
ya Allah kak, nampak sedap sangat!
ReplyDeletemasyaAllah sedapnya nampak mee basah2 tu ..
ReplyDeleteAdoi, dia layoq mee sanggul daging la pulak :D
ReplyDeleteLama tak makan mee sanggul ni. PH suka sbb dia kenyal-kenyal sikit compared to mee kuning
Mee sanggoi pulak dah...
ReplyDeleteMee sanggoi tu kalau kat Kedah ada yang buat bubur tau...Ok..takyah tanya PI...dia tak tau🤣
ammi pun selalu standby mee sanggul la, mee oats (racun dr mama cella), mee lidi la..sbb kat rumah ni mmg hantu mee semuanya
ReplyDeleteMenyelerakan. Ini yang macam nak cari mi sanggul jugak ni. Buat stok kat rumah.
ReplyDeleteWeeknd ni kena buat nampaknya...mee kari, mee sup, mee sup daging cincang..ehhh..semua sedap ni...x leh jadi ni....
ReplyDelete